Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t. satu lagi produk berkualiti telah masuk di dalam senarai edaran Cahaya Mentari Marketing iaitu Baraka Habbatus Sauda.
Produk makanan tambahan (food supplement) ini amatlah baik dijadikan amalan harian untuk mencegah dan menjaga kesihatan kita InsyaAllah. Cahaya Mentari Marketing telah dilantik sebagai pengedar tunggal bagi Kawasan Negeri Sembilan.
Tonton penerangan melalui Video:
BARAKA Habbatus Sauda – Apa yang anda perlu Tahu?
Sejak ribuan tahun dahulu, Nigella Sativa, nama umumnya jintan hitam atau lebih dikenali sebagai Habbatus-Sauda, mempunyai ciri perubatan yang dapat meningkatkan sistem ketahanan tubuh. Ia juga dapat mengatasi kepenatan dari aktiviti harian anda.
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.

Khasiat Baraka (Habbatus Sauda)
Baraka Habbatus sauda adalah produk makanan tambahan yang membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh, sekaligus menjanjikan tahap kesihatan yang baik bagi lelaki dan wanita.
Pengambilan Baraka (Habbatus Sauda) secara berterusan dalam kehidupan seharian akan membantu tahap kesihatan yang optimum. 1 kotak mengandungi 24 kapsul lembut.
Soalan Lazim
Adakah Baraka (Habbatus Sauda) produk Malaysia?
Tidak, Baraka (Habbatus Sauda) diimport terus dari Mesir.
Bagaimanakah pembuatan produk ini? Adakah memenuhi piawaian yang ditetapkan?
Produk ini telah memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh GMP (Amalan Pengilangan Baik). GMP ialah garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pengeluar produk bagi menjamin kualiti, ketulenan, keselamatan dan keberkesanan produk.
Adakah ianya mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia?

Ya. Ianya telah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia dan disertakan dengan hologram di setiap kotak.
Bagaimana cara pengambilan Baraka (Habbatus Sauda) bagi golongan dewasa?
Pengambilannya adalah 2 hingga 3 kapsul sehari dari peringkat umur 12 tahun ke atas (450mg).
Adakah terdapat sebarang kesan sampingan apabila mengambil produk ini?
Tiada kesan sampingan yang diketahui. Baraka mengandungi minyak Habbatus Sauda yang tulen dan bebas dari sebarang bahan pengawet.
Bolehkah Baraka (Habbatus Sauda) diambil oleh wanita hamil?
Sila dapatkan nasihat daripada doktor.
Bolehkah pengidap penyakit kronik seperti diabetis, darah tinggi, dan kencing manis mengambil ubat penyakit kronik dan dalam masa yang sama mengambil Baraka (Habbatus Sauda)?
Boleh. Tetapi mereka perlulah mengambil Baraka (Habbatus Sauda) sejam selepas mengambil ubat penyakit kronik dan mereka juga masih perlu meneruskan rawatan pakar. Sila dapatkan khidmat nasihat daripada doktor dahulu.
Apakah kandungan di dalam kapsul Baraka (Habbatus Sauda)?
Dalam setiap kapsul Baraka terkandung lebih 100 komponen asli Habbatus Sauda. Antaranya Minyak Saponins, Alkaloids, Asid Amino, Kalsium, Zat Besi, Sodium, Potasium dan serat.

Apakah manfaat Habbatus Sauda kepada kesihatan anda?
- Meredakan batuk dan meminimumkan manifestasi atas gangguan saluran pernafasan
- Melindungi terhadap serangan bronchial asthma dan batuk kokol
- Meningkatkan kecergasan tubuh dan mengatasi kelelahan & kelemahan harian
- Meningkatkan imunisasi tubuh terutama pada keadaan penyakit dan penyembuhan
- Meredakan pelbagai sakit dan ketidakselesaan seperti kekejangan dan perut kembung
Kelebihan Habbatus Sauda yang diakui berkesan oleh pengguna
Memberi Tenaga
Keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk
Meningkatkan IMUNISASI
Mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit
Anti Inflamasi
Mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kuliteczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)
Saluran Pernafasan
Melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi)
Anti Histamin
Mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma
Anti Bakteria
Mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil
Anti Arthritis
Lihat Anti Inflamasi
Penyakit Wanita
Membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan
Merawat Saluran Perkumuhan
Merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan
Anti Parasit
Membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)
Meningkatkan Daya Ingatan
Mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan
Merawat Tenaga Batin
Impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)
Mengecutkan KETUMBUHAN (Anti – Tumor)
Sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.
Mengawal Kolestrol dan Kadar GULA dalam darah
Seperti suplemen lain, habbatus sauda harus diamalkan secara berterusan dalam kehidupan seharian untuk anda mendapatkan kesan yang optimum.
Harga bagi 1 Kotak BARAKA Habbatus Sauda

Bagaimana cara untuk makan Baraka Habbatus Sauda?
Pembelian Secara Online
BARAKA 450mg (Dewasa)
Minimum Oder untuk pembelian sacara online adalah sebanyak 5 Kotak.
Kos Penghantaran RM8.00 (Semenanjung).
Harga Bagi 1 Kotak Baraka Habbatus Sauda
RM 17.00 /Kotak
Contoh Oder dan Pengiraan bagi 5 kotak Baraka:
1 kotak (RM17.00) x 5 unit = RM85.00
Pos = RM8.00 (Semenanjung)
Jumlah Bayaran = RM93.00
BELI SEKARANG
PM kami di FACEBOOK (Untuk Oder)
Tekan link ini : https://www.facebook.com/messages/barakahabbatussauda
4 thoughts on “BARAKA Habbatus Sauda – Penawar Setiap Hari”
Info yang menarik.Terima kasih atas perkongsian yg amat bermanfaat.
Sama-sama.. 🙂
Askm,habbatussauda lebih sesuai diambil sebelum atau selepas makan?
Boleh diambil sebaiknya selepas makan.