Website Cahaya Mentari Marketing Telah Pulih

Alhamdulillah

Bismilllah… Alhamdulillah.

Baru-baru in jika anda perasan, and tidak dapat google dan ases ke website kami. Ini adalah kerana website ini telah di hack atau digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Akibatnya, banyak perkara tidak dapat dilakukan termasuklah oder pelanggan kami tidak dapat diproses.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, akhirnya website kami berjaya dipulihkan. Ianya melibatkan kos terutamanya kos artikel-artikel kami yang telah hilang. Hilangnya masa dan tenaga kerana ingin memulihkan website ini. Namun kami menganggap semua ini hanyalah cabaran dan ujian. Sekiranya kita bersabar dan teruskan usaha, insyaAllah Allah akan membantu kita.

Kami juga telah pulihkan semula kedai online kami iaitu di shop.cahayamentarimarketing.com. Walaupun mengambil sedikit masa, namun kami kira ianya adalah untuk memudahkan pelanggan melakukan oder dan pembelian. Jadi mahu atau tidak, ianya mesti dilakukan dengan kadar segera.

Terima kasih

Terima kasih kerana bersabar dan terus melayari website kami untuk mengetahui perkembangan terbaru. Samada anda secara sengaja atau tidak sengaja singgah di sini, kami warga cahaya mentari mengucapkan selamat datang!

Teruskan dan jangan ketinggalan mengetahui perkembangan terbaharu kami. Cara yang paling mudah adalah dengan mengisi email anda di ruangan newsletter kami. Jadi setiap kali ada perkembangan baru, kami akan segera email kepada anda secara eksklusif.

Salam penuh kasih sayang dari kami. Jumpa lagi pada artikel seterusnya.

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 − 12 =