Tip Untuk Menyediakan Makanan Bayi

Bayi anda sudah masuk usia enam bulan? Dalam usia ini, sudah tiba waktu untuk memperkenalkan makanan pejal kepadanya selain pemberian susu ibu masih diteruskan. Bersedialah untuk menyediakan makanan untuk si manja.

Adakah anda memilih untuk beli yang segera atau memasak sendiri? Sudah tentu anda mahu masak sendiri makanan pertama yang hendak dimakan oleh si kecil. Mulakan dengan makanan awal yang mudah dihadam seperti puri buah-buahan dan sayur-sayuran seperti labu, epal, pisang. Jika sudah makan makanan yang sedikit bertekstur, anda boleh cuba memberikan campuran oat, susu dan kurma yang dikisar atau bubur nasi dicampur lobak merah, bayam, ayam cincang yang dikisar.

 

bayi-makanTip berikut mungkin dapat membantu anda dalam menyediakan bubur untuk anak kesayangan:

1. Guna susu ibu untuk masakan yang menggunakan campuran susu atau mencairkan bubur atau puri yang disediakan. Selain kandungan khasiatnya yang lebih baik, rasa susu ibu lebih dikenali dan mudah diterima oleh bayi.

2. Jangan gunakan gula atau garam dalam masakan untuk bayi. Ia boleh menyebabkan bayi tidak mengenal rasa semulajadi makanan pertamanya. Penggunaan gula hanya mengganggu pertumbuhan gigi bayi. Sebaiknya campurkan buah-buahan atau sayur-sayuran dalam bentuk puri atau kisar untuk menambah perasa dalam bubur.

3. Banyak bersabar. Pengenalan awal kepada makanan bukan semua diterima oleh bayi. Jangan mudah berputus asa, jika bayi menolak makanan tertentu, ulang pemberian tersebut beberapa kali. Mungkin untuk kali pertama, bayi tidak biasa lagi dengan rasanya. Pengenalan yang tepat dan bertahap akan membantu mengurangkan kemungkinan anak menjadi pemilih makanan.

 

Sumber: Pa&Ma

Kredit Foto: blog.grosirkebutuhanbayi, 3.bp.blogspot

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × five =