Tip Menghasilkan Visi Bisnes

Terdapat beberapa perkara penting yang mesti dititik beratkan dalam menghasilkan visi bisnes. Sebelum itu kita kena kenal pasti adakah visi bisnes itu bertentangan atau tidak dengan prinsip Islam.

Tip menghasilkan visi bisnes ini kami petik dari Tuan Shamsuddin Kadir. Tuan Shamsuddin Kadir merupakan perunding latihan dan jurulatih (trainer) dalam bidang pengurusan organisasi dan kepimpinan organisasi.

Beliau merupakan trainer bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT/1533. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang beliau, anda semu boleh ke blog beliau di www.shamsuddinkadir.com

[border_title tag=”h3″]Tip menghasilkan Visi bisnes[/border_title]

1. Sentiasa meletakkan keutamaan nombor 1 dalah untuk berbisnes dengan Allah

Apabila berbisnes dengan Allah, kita meletakkan keredhaan Allah sebagai syarat nombor 1, dan kita meletakkan kebahagiaan dan keuntungan kepada pelanggan kita syarat nombor 2.

2. Fokus kepada syarat nombor 1 dan nombor 2

Ini kerana doa pelanggan yang rasa tidak berbaloi dan rasa sudah ditipu akibat dipengaruhi membuatkan bisnes kita tidak akan kemana.

3. Bercakap benar

Ini bermaksud tidak mengelirukan pelanggan, tidak mempengaruhi mereka membeli barang ataupun produk, sebaliknya lebih kepada memberikan informasi kepada orang ramai tentang produk yang kita jual.

4. Memenuhi temujanji selewat-lewatnya tepat pada masanya

Sentiasa menitikberatkan tentang ketepatan masa kepada pelanggan.

5. Pastikan produk yang kita jualkan itu penting dan diperlukan oleh pelanggan

Sekiranya produk yang dijual merugikan pelanggan, elakkan diri kita dari memperkenalkan produk itu kepada mereka.

Bisnes dunia bersifat sementara, manakala perjuangan berbisnes dengan Allah, kekal selama-lamanya.

 

*Lain sekolah bisnes, lain pula ajarannya. Hormati setiap perbezaan dan raikan pandangan.

 

==============================

Pelbagai tip dan perkongsian akan terus dilakukan di dalam blog ini. Untuk tidak terlepas perkembangan terkini, mohon masukkan alamat email anda ke ruangan “Langgan Percuma” disebelah kiri blog ini.

==============================

Kredit Foto: pymescanarias

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − 1 =