Tip Memilih Pakaian Bayi

Siapa yang tidak teruja melihat pelbagai rekaan fesyen pakaian bayi yang ada di pasaran sekarang ini. Tapi harus diingat, bukan semuanya sesuai untuk bayi anda. Memilih pakaian untuk bayi nampak mudah tetapi sebenarnya memerlukan penelitian kerana bayi yang memakai tidak boleh lagi memberitahu jika dia tidak selesa.

Oleh itu menjadi tugas ibu ayah untuk memilih pakaian yang bersesuaian untuk si manja kesayangan agar selesa dipakai untuk membesar sihat dan cergas. Berikut adalah beberapa tip mudah yang mungkin boleh dijadikan panduan ketika membeli pakaian bayi.

1. Pilih fabrik yang selesa dan berkualiti

Perkara paling penting ketika memilih pakaian bayi adalah bahan materialnya yang selesa. Pastikan material fabrik lembut sehingga tidak membuatkan kulit bayi terasa gatal. Fabrik juga mesti boleh menyerap peluh supaya bayi tidak berasa panas. Baju bayi memang terkenal mahal harganya tetapi jika ia mementingkan kualiti untuk keselesaan anak mengapa tidak memilihnya?

2. Pastikan saiz bersesuaian

Ramai ibu bapa cenderung membeli pakaian bayi yang bersaiz lebih besar daripada usianya dengan alasan lebih tahan lama. Ia memang diakui betul kerana bayi cepat membesar. Tetapi janganlah membeli saiz yang terlalu besar sehingga bayi tidak selesa memakainya. Sebaiknya pilih saiz lebih sedikit daripada usia sebenar bayi. Tetapi jangan sekali-kali membeli baju yang sempit kerana selain tidak selesa, anda pasti rugi kerana bayi hanya boleh memakainya sekejap sahaja.

3. Tidak perlu banyak aksesori

Jangan terpengaruh dengan hiasan aksesori pada sesetengah rekaan baju bayi. Ia hanya menyusahkan dan membuatkan bayi kurang selesa. Aksesori seperti tali, reben, butang hanya membuatkan bayi anda tidak selesa dan sukar dipakaikan.

4. Sediakan stok secukupnya

Kadang kala bila tiba musim hujan, banyak pakaian tidak kering. Bayi memerlukan banyak stok pakaian memandangkan mereka cepat mengotorkan baju kerana muntah, buang air kecil dan besar dan sebagainya. Oleh itu persiapkan stok pakaian secukupnya terutama apabila musim hujan agar bayi tidak kehabisan pakaian.

baby_1

 

Sumber: Pa&Ma

Kedit foto: 2.bp.blogspot.com

================

Setiap ibubapa pasti menginginkan anak-anak yang cerdas serta berkahlak baik. Segalanya bermula dengan apa yang dimakan oleh mereka sejak kecil lagi. Biomil Xcel inshaaAllah membantu anda memberikan khasiat makanan yang secukupnya untuk si manja anda.

================

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − 15 =