Tip Kecantikan Dalaman Wanita

Tip Kecantikan Dalaman Wanita

Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik dan menawan? Istilah cantik memang sudah sebati dengan wanita, perempuan dan seangkatan dengannya. Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda tip kecantikan dalaman wanita.

Baca dan amalkan bersungguh-sungguh untuk mendapat hasil yang terbaik insya Allah.

Antara tip-tip menarik yang boleh diamalkan adalah:

1. Minum banyak air

Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?

2. Bersenam

Baik untuk kesihatan dan elok untuk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah! Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangkit dari tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan peredaran darah.

bersenam

3. Jangan Merokok

Pernahkah anda melihat perempuan merokok? Ya, mungkin jarang, tetapi memang ada yang merokok. Hentikan tabiat buruk ini lebih-lebih lagi jika anda mengandung. Ia boleh menjejaskan dan membahayakan kandungan anda.

Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah!

Jika orang memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti orang lebih nak sihat, kan?

merokok

4. Tidur yang cukup

Jangan selalu sangat berjaga malam. Tidak elok untuk kesihatan kita. Waktu malam kan dikhaskan untuk tidur? Tidak cukup tidur akan membuatkan anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Rehatkan kulit tanpa sebarang Makeup

Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang makeup. Kulit juga perlu bernafas! Jangan biarkan sisa-sisa makeup melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Di rumah, tidak payahlah sapu itu ini, cukuplah dengan wajah yang bersih.

6. Makan yang cukup dan tidak berlebihan

Jangan sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

fruits

7. Manjakan Diri

Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati sahaja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun, anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.

Jika rajin, cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

daisy

8. Elakkan Stress

Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don’t worry, be happy

Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

10. Ketawa penawar duka

Jadi ketawalah apabila bergurau senda dengan keluarga atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

 

P.s: Adakah anda sering mengalami kencing tidak lawas dan juga mempunyai sejarah penyakit batu karang? Anda mahu penawar untuk penyakit-penyakit tersebut? Air Alfalfa insya Allah dapat membantu. Klik di SINI untuk maklumat lanjut.

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 − 11 =