Tentang Kami

Cahaya Mentari Marketing adalah sebuah syarikat milik 100% bumiputera yang diperbadankan pada 8hb Disember, 2009. Penubuhan syarikat ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk melahirkan usahawan bumiputera dalam bidang Pemborongan.

Cahaya Mentari Marketing pada dasarnya terlibat secara langsung dengan aktiviti pemborongan produk-produk halal keluaran bumiputera Islam Malaysia umumnya, dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan.

Kami juga berusaha membina pasaran yang luas dengan kerjasama ejen dan pengedar yang dilantik serta khidmat pelanggan terbaik supaya setiap barangan yang dipasarkan dapat sampai tepat pada masanya kepada pelanggan.

Berbekalkan pengalaman dan kekuatan syarikat, kami yakin setiap pelanggan akan berpuas hati dengan khidmat yang ditawarkan serta harga yang berpatutan kepada mereka yang berminat menjadi ejen dan pengedar kepada produk-produk kami.

Selain itu kami juga telah melebarkan sayap dengan menjual beberapa barangan keperluan selain makanan iaitu barangan digital, barang keperluan dapur, produk kesihatan dan lain-lain. Produk-produk tersebut akan ditambah dari semasa ke semasa bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Visi Kami

Kami beriltizam untuk memastikan setiap insan akan menikmati produk-produk halal keluaran usahawan tempatan, di samping membantu usahawan memasarkan produk mereka sekaligus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.

Misi Kami

Menjadi salah satu Pemborong dan Pengedar utama produk keperluan harian yang berkualiti dalam pasaran negara.

Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mengambil makanan dari sumber yang halal merupakan salah satu faktor mengapa bidang ini mempunyai pasaran yang luas bukan sahaja di dalam negara, malah menjangkau sehingga seluruh dunia.

Usaha ini diharapkan akan dapat memacu perkembangan ekonomi negara serta mampu memberi peluang perniagaan kepada mereka yang berminat menceburi bidang perniagaan.

Team Kami

Mohammad Faizal

Pengarah Urusan

Mohd Ehsan Hussin

Marketing Executive

Bingkisan Pengarah

Bagi pihak syarikat Cahaya Mentari Marketing, saya mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan semua pihak yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi memasarkan produk dari syarikat kami.

Bermula dengan satu ilham serta diiringi dengan petunjuk daripada Allah s.w.t, bermulalah satu perjuangan untuk memartabatkan produk halal buatan anak tempatan ke persada global. Dengan bantuan dan sokongan dari para pembekal, pemborong dan pengedar, diharapkan usaha murni ini akan diberkati oleh Allah s.w.t.

Ditengah-tengah kemelut memperjuangkan produk makanan halal untuk santapan generasi kini, Cahaya Mentari Marketing (CMM) muncul memenuhi kehendak-kehendak mereka yang peka dan memiliki kesedaran bahawa memilki dan mencari produk halal itu suatu “kewajipan” bagi memantapkan diri individu, insitusi keluarga, masyarakat dan negara di samping memperolehi keberkatan dari Allah s.w.t.

Kita harus melangkah ke hadapan dan menggembeling tenaga untuk memastikan agenda kegemilangan ini memenuhi kehendak agama, bangsa dan negara.

Sepatah Dua Kata