susu biomil xcel

Susu Biomil Xcel, Khasiat Dan Manfaat Untuk Si Manja Anda

Alhamdulillah, dengan izin Tuhan, Susu Biomil Xcel telah berjaya dikeluarkan dengan desain baharu serta formula yang telah ditingkatkan. Dengan desain baharu ini, ia diharapkan akan lebih memberi nilai tambah kepada pelanggan dan pengguna.

Apa yang anda perlu tahu tentang Susu Biomil Xcel?

Susu Biomil Xcel adalah susu formula istimewa dirumus khas mengandungi Garamtisu Biokimia yang disediakan mengikut teknologi Elektromagnetic Molecular Signaling (EMS).

Pada peringkat awal perkembangan minda kanak-kanak, sinapsis sel-sel otak adalah sangat pantas. Rangsangan dan nutrisi yang secukupnya menerusi DHA boleh membantu memaksimakan perkembangan kognitif.

Penyerapan Zink dan Kalsium juga sangat penting bagi membantu perkembangan fizikal di samping menguatkan daya imuniti.

Garamtisu Biokimia pula membantu penghadaman dan pencernaan, membina darah, tulang, gigi, menguatkan otot dan sendi, pertumbuhan rambut dan kulit yang sihat serta membantu perkembangan minda si manja.


Apa itu DHA?

DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. Ini bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan anda.

Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan.

60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat.

Sumber utama

Sumber utama DHA ialah dari ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod. Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di farmasi-farmasi mengandungi DHA dan satu lagi bahan yang dinamakan EPA. DHA dan EPA membentuk Omega-3.

Sumber utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif minyak ikan. DHA dalam badan mungkin ditukar menjadi EPA.

Kebaikan utama DHA

Kebaikan utama dari pengambilan DHA ialah :

  • pertumbuhan otak yang cergas. Oleh itu ia penting dalam proses pembelajaran.
  • pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik.
  • pertumbuhan saraf-saraf yang baik.

Kelebihan-kelebihan lain DHA

Kelebihan lain DHA dan minyak ikan (Omega-3 iaitu kombinasi DHA + EPA) ialah :

  • mengurangkan triglycerides (lemak).
  • mengurangkan risiko sakit jantung dan saluran darah tersumbat.
  • menurangkan risiko tekanan darah tinggi.
  • mengurangkan risiko tekanan perasaan (depression) dan alzheimer.
  • mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit lain seperti kencing manis (Type II), arthritis (sakit sendi), myocardial infarction, atherosclerosis dan juga kanser. Bagaimanapun ada antara kajian yang melibatkan penyakit-penyakit ini belum memutuskan secara pasti kaitan antara DHA dan EPA dengan penyakit-penyakit tersebut.

Kanak-kanak yang mengalami keadaan attention-deficit-disorder didapati kurang kandungan DHA. Bagaimanapun, pertambahan dalam pengambilan DHA tidak memulihkan keadaan tersebut.

Kesan DHA kepada Ibu dan Kanak-kanak

Pengambilan DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang membesar didapati dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi DHA mungkin lebih bijak.

Pada masa ini terdapat susu formula yang mengandungi DHA. Ia adalah langkah bijak memberi anak-anak kecil anda susu formula ini.

WHO dan British Nutrition Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi setiap kilogram berat bayi anda. Untuk bayi yang tidak cukup bulan WHO menyarankan 40mg/kg pengambilan DHA.

Pengambilan minyak ikan (EPA + DHA) adalah baik untuk mereka yang ingin mengurangkan risiko-risiko penyakit seperti yang dinyatakan di atas.

Pengambilan berlebihan minyak ikan yang diambil dari hati ikan (seperti Cod Liver Oil) semasa mengandung tidak digalakkan kerana ia mengandungi vitamin-vitamin A dan D yang tidak larut dalam air.


Kebaikan Garamtisu Biokimia

  1. Kecergasan dan kecerdasan
  2. Mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam.
  3. Menyihatkan rambut dan kulit, menguatkan tulang dan gigi.
  4. Membuang bahan toksik dalam badan.
  5. Membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan.
  6. Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan.
  7. Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental.

Kalsium

  1. Secawan susu mengandungi 26% RDA kalsium.
  2. Membantu pembentukan dan mengekalkan tulang & gigi.
  3. Diperlukan untuk kesihatan otot-otot dan saraf.
  4. Mencegah berlakunya kekejangan, masalah kulit, dipresi, masalah kognitif & delusi dan melaraskan rentak jantung.
  5. Dua gelas susu sehari yang mengandungi 700mg – 800mg kalsium, mencukupi untuk mencegah tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kekurangan kalsium.
  6. National Health & Nutrition Examination Survey mendapati kekurangan kalsium dan tahap sodium yang rendah dalam tubuh ada kaitan dengan tekanan darah.
  7. Triptofan asid amino yang terkandung di dalam susu membantu masalah insomnia, kerana ia memasuki neurotransmitter seratinin yang mengawal rasa tidur seseorang

Apakah Kelebihan yang diperolehi oleh Si Manja…?

DHA

Membantu merangsang pertumbuhan otak yang cergas serta penting untuk proses pembelajaran. DHA memberi manfaat untuk pertumbuhan retina mata bagi penglihatan yang lebih baik.

Probiotik

Merupakan bakteria baik yang membantu penghasilan keseimbangan dan sistem penghadaman berfungsi dengan baik. Membantu meredakan cirit-birit, menguatkan sistem imuniti, membantu penghasilan vitamin dan memudahkan penyerapan mineral seperti Kalsium, Magnesium dan Fosforus dalam badan.

Prebiotik

Prebiotik merupakan serat larut pemakanan yang diserap usus untuk sistem pencernaan. Inulin merupakan Prebiotik yang bertindak merangsang bakteria baik.

Nukleotida

Terkandung di dalam susu ibu. Nukleotida memberi manfaat kepada pertumbuhan dan modulasi sistem imuniti.

Kalsium

Sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, mencegah pereputan tulang (osteoporosis), membantu pengecutan otot jantung, melegakan pedih ulu hati serta membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Zink

Merupakan vitamin yang amat diperlukan di dalam aktiviti metabolisme. Zink berperanan di dalam sistem imunisasi dan tumbesaran selain berperanan di dalam penjagaan kulit, eksema (gangguan keradangan), penyembuhan jangkitan kronik, mengawal tahap stress, anti-oksidan, mengatasi kelesuan dan lain-lain.

Vitamin D

  • Menguatkan tulang dan gigi
  • Mencegah dari berlakunya penyakit riket (kegagalan pembentukan tulang)

Vitamin B12

Diangarkan secawan susu mengandungi 45% vitamin ini

Fosforus

  • Perlu untuk kesihatan tulang dan gigi
  • 80% dari fosforus tubuh terdapat di dalam tulang dan gigi


Apakah Manfaat Susu Biomil Xcel untuk Minda Si Manja?

Mencerdaskan akal

Dengan kebaikan fosat-fosfat Kalium, Kalsium dan Magnesium, Biomil membantu menyuburkan dendron dan dendrit. Dendron berfungsi mengumpul maklumat dalam otak menerusi sentuhan sinaps.

Semakin subur pertumbuhan dendron dan dendrit maka lebih banyak maklumat dapat disimpan oleh otak.

Sentuhan antara sinaps (Sinaps aksosomatik dan aksodendritik) membentuk laluan neutral (Neutral pathway) untuk membawa maklumat yang dikehendaki. Satu neuron mungkin mempunyia 1000 hingga 10,000 sinaps.

Menurut Prof. Pyotr Kuzmich Anokhin, pakar bedah saraf bangsa Rusia mendapati neuron otak orang yang cerdik berkeadaan lebih SUBUR.

Menguatkan Ingatan

Lemah daya ingatan ataupun lemah daya untuk mengingati membawa kepada masalah lupa. Kelemahan tenaga dan daya boleh dikuatkan. Antara fungsi makanan adalah untuk menguatkan tenaga dan daya.

Kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Schuessler menunjukkan enam jenis garamtisu biokimia yang diperlukan oleh otak sebagai makanan.

Tetapi berdasarkan analisis, tiga garamtisu biokimia sudah memadai iaitu Kalsium Fosfat, Kalium Fosfat, dan Magnesium Fosfat. Rumusan ISTIMEWA ketiga-tiga garamtisu ini terdapat dalam susu BIOMIL Xcel.

Menambah Tenaga Mental

Tenaga Mental adalah dalam bentuk tanaga elektrik. Jika berlaku kekurangan tenaga elektrik, ia boleh dijanakan kembali menerusi tindak balas kimia, sama seperti “rechargeable battery”.

Tenaga kimia akan terhasil dan tindakbalas ini boleh diubah menjadi tenaga elektrik. Proses yang berlaku dalam otak yang melibatkan fenomena ini dikenali sebagai proses elektrokimia.

Dr. David Samuels dari Institut Weismann, menganggarkan pada setiap saat otak melakukan antara 100,000 hingga 1000,000 proses elektrokimia.

Proses ini tidak mungkin berlaku tanpa bahan kimia tertentu seperti Kalsium, Kalium, Magnesium dan Fosforus.

Membina Akhlak dan Budi Pekerti si Manja

Biomil Xcel dirumus khas dengan pelbagai kelebihan. Antara kelebihan utama adalah dengan kemasukan Tenaga Air Zam Zam dan Tenaga Habbastus Sawda di dalam ramuan susu tepung ini melalui kaedah EMS (klik untuk maklumat lanjut).

Dengan ramuan istimewa ini, InsyaAllah, ianya mampu membina akhlak dan budi pekerti si Manja di samping dari usaha kita sendiri untuk membentuk mereka menjadi insan yang soleh dan solehah.

Diformulasikan bersama Surah Al-Jumu`ah dan Surah Al-A`laa

Susu ini juga turut diformulasikan bersama Surah Al-Jumu`ah dan Surah Al-A`laa bagi memberikan lebih nilai tambah kepada perkembangan rohani anak-anak anda.

PERINGATAN

Susu ini TIDAK sesuai untuk bayi di bawah umur 12 BULAN.

NOT suitable for babies below 12 month.


Hubungi Kami Untuk Pembelian

Harga bagi 1 kotak Susu Biomil Xcel adalah RM59.90(700g) bagi Semenanjung Malaysia. (Jika Tuan Puan mahu mencuba 1 tin, mohon tambah RM10.00 untuk tujuan pengeposan).

Harga ISTIMEWA untuk anda yang ingin menjadi PENGEDAR kami.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

En Ehsan 013-6910675 / 019 -6338851 atau hubungi kami dengan mengisi borang di SINI

Harga 1 kotak Susu Biomil Xcel

RM 59.90 /kotak

Contoh Oder dan Pengiraan:

Susu Biomil 1 Tin (RM59.90) x 1 unit = RM59.90 (Semenanjung Malaysia)

Pos = 10.00

Jumlah Bayaran = RM69.90

BELI SEKARANG

 

Anda suka artikel ini?
Isikan email dan kami akan hantarkan secara PERCUMA, artikel terus ke inbox anda. Kami tidak akan berkongsi atau menjual email anda. Privasi anda amat penting bagi kami.
(Visited 8 times, 1 visits today)

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera, dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *