Suplemen Untuk Bakal Bapa, Ayah, Papa

Biasanya untuk merancang kehamilan, banyak memberi tumpuan kepada persediaan bakal mama. Hakikatnya dalam proses merancang kehamilan bukan bakal mama sahaja yang perlu mempersiapkan badan sihat tetapi bakal papa juga sama pentingnya.

Penghasilan sperma yang berkualiti daripada bakal papa diperlukan untuk menjayakan kehamilan. Jadi, sebaiknya jagalah kesihatan diri dan perbaiki pengambilan makanan yang sihat agar barjaya menghasilkan sperma yang berkualiti.

Selain daripada mengamalkan pemakanan sihat, pengambilan suplemen juga membantu usaha tersebut.

*Vitamin E

berperanan untuk membantu pengeluaran sperma dan mencegah kerosakan sperma kerana bersifat sebagai antioksidan, serta membantu meningkatkan tugas hormon-hormon seks lelaki.

*Vitamin C

diperlukan untuk meningkatkan jumlah sel-sel sperma yang dihasilkan, meningkatkan aktiviti pergerakan sperma supaya mampu bercantum dengan sel telur, memanjangkan masa hidup sperma, serta mengelakkan daripada kerosakan akibat radikal bebas.

*Vitamin B12

berfungsi meningkatkan kualiti sel-sel sperma, sama ada kuantiti sel-sel sperma yang dihasilkan serta kemampuan pergerakkannya.

*Zat besi

berperanan membantu proses pembentukan sel-sel sperma serta menjaga kualiti sperma yang dihasilkan agar tetap baik.

*Zink

diperlukan dalam proses metabolisma oleh lebih daripada 200 enzim serta membantu menjaga fungsi organ-organ seksual lelaki. Kekurangan zat ini dapat mengakibatkan hormon testoteron menurun, testis mengalami penyusutan, sehingga pengeluaran sel-sel sperma yang sihat jadi menurun.

*Kalsium

membantu meningkatkan pH tubuh, ketika proses percantuman dilakukan dan pertemuan antara sperma dengan ovum. Zat ini membantu perkembangan sel yang terbentuk daripada hasil percantuman sperma dan ovum dengan lebih baik.

*Selenium

yang bersifat antioksida membantu mencegah terjadinya proses oksidasi sel-sel sperma. Oleh itu, kualiti sel-sel sperma dapat dihasilkan dengan baik.

 

Sumber: Pa&Ma

Kredit Foto: jabiz

==================

Baraka Habbatus Sauda merupakan antara supplement yang baik untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan inshaaAllah.

“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”

Riwayat Imam Bukhari.

==================

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 + nineteen =