Selamat Tahun Baru 2015 Dan Takziah Kepada Mangsa Banjir

Alhamdulillah, Selamat Datang ke tahun baru 2015.

Kami di Cahaya Mentari Marketing mengucapkan selamat tahun baru 2015 kepada anda yang sudi berkunjung ke webwsite kami. Samada anda adalah pelawat terbaru ataupun yang sering singgah untuk membaca artikel terbaru dari kami.

Tahun 2015 diharapkan akan menjadi batu loncatan kepada anda untuk lebih berjaya dari tahun sebelumnya. Ini adalah kerana dalam Islam sendiri kita sentiasa dituntut untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam.

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelanggan-pelanggan yang pernah dan akan membeli produk dari kami.

Sokongan anda amat penting kepada kami untuk terus melangkah jauh dalam memberikan yang terbaik kepada samada dari segi produk dan juga servis.

Banjir 2014

selamat-tahun-baru-2015Penghujung tahun 2014 baru-baru ini kita dikejutkan dengan ujian banji besar terutamanya di negeri-negeri pantai timur. Banjir kali ini melibatkan ratusan ribu orang. Ini bukanlah satu angka yang kecil.

Banyak barang yang diperlukan dalam membantu mangsa banjir. Antaranya adalah seperti makanan, air bersih untuk diminum dan keperluan beribadat, lampin bayi pakai buang dan sebagainya.

Kami bagi pihak syarikat sangat bersimpati dan mendoakan agar mereka yang terlibat dengan banjir terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. dalam menghadapi ujian ini.

Doa dan harapan kami agar semuanya akan pulih kembali seperti sediakala dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Produk Terbaru Dan Bakal Masuk Ke Stor Kami

Kami sedang berusaha untuk mencari produk-produk yang berkualiti dan sudah tentunya kami akan mengutamakan barang keperluan anda untuk kami masukkan ke dalam senarai produk.

InshaaAllah tahun 2015 akan ada produk-produk baru yang akan kami tampilkan kepada anda.

Kami mohon doa dari anda untuk terus diberikan kekuatan dalam usaha untuk meningkatkan perniagaan kami ke tahap yang lebih tinggi inshaaAllah.

Petanyaan Dan Pendapat

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang apa sahaja samada produk dan perkhidmatan kami, mohon klik pada bahagian hubugi kami.

Kami sangat mengalu-alukan sebarang pesoalan dan pendapat dari anda.

Mungkin juga ada dikalangan anda yang berminat untuk menjadi pengedar produk di dalam website ini. Caranya anda hanya perlu hubungi kami dan kami akan berikan butiran harga kepada anda.

Kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk menjadikan kami sebagai pengedar produk, mohon hubungi En Ehsan 013-6910675 atau emailkan kepada cmm2040@gmail.com dengan segera.

Pengiklanan

Kami bersedia membantu untuk melonjakkan jualan anda dengan cara mempromosikan produk anda di website ini. Anda boleh memilih beberapa kategori iklan seperti artikel dan banner. InshaaAllah tawaran harga yang menarik kami akan berikan kepada mereka yang berminat.

Pindah Ke Hosting Baru

Alhamdulillah, bersempena dengan tahun baru ini kami telah berpindah ke hosting yang baharu. Ini adalah untuk memberikan lebih keselesaan kepada anda untuk melayari webiste kami.

Proses pemindahan ini mengambil sedikit masa. Kami mohon maaf sekiranya terdapat gangguan ketika proses pemindahan berlaku sebelum ini. Segalanya telah berjalan lancar bermula hari ini inshaa Allah.

Akhir Kalam

Saya mewakili pihak syarikat ingin mengucapkan selamat tahun baru 2015 kepada anda semua. Mudah-mudahan segala perancangan kita untuk menjadi insan yang lebih baik pada tahun baru ini akan terlaksana dan diperkenankan oleh Allah s.w.t.

Salam takziah juga saya ucapkan kepada mangsa-mangsa banjir serta tahniah kami ucapkan kepada mereka yang berpenat lelah dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Semoga Allah membalas dengan sesuatu yang lebih baik kepada anda.

Teruskan berkunjung ke website ini untuk mengikuti perkembangan terbaru kami. Serta jangan lupa untuk membeli produk-produk yang ada di sini.

Sebelum terlupa, kami mohon maaf kepada pelanggan-pelanggan yang membeli produk dari kami atas kesilapan dan kekurangan yang berlaku sepanjang proses jual beli berlangsung.

InshaaAllah kami di pihak syarikat sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kami ke arah yang lebih baik.

Jumpa lagi.

P.s: Jika anda ingin menyumbang lampin bayi pakai buang kepada mangsa banjir, klik pada Lolla's Diapers. InshaaAllah sangat membantu mereka yang mempunyai anak kecil dikala banjir melanda.

P.p.s: Anda juga boleh melihat produk-produk lain dengan klik di SINI.

P.p.p.s: Oh ya, adakah anda sudah menyertai 'newsletter' kami? Sekiranya anda tidak ingin terlepas peluang mendapat pelbagai tawaran khas dari kami, isikan alamat email anda di SINI.

Kredit Foto: themalaysiainsider

About Faizal Ehsan

Faizal Bin Ehsan adalah pengasas kepada cahayamentarimarketing.com, kucinggebu.com dan tipperniagaan.com. Klik | Tentang Faizal | untuk mengenali beliau lebih lanjut.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve − 9 =