selamat hari pekerja 2017

Selamat Hari Pekerja 2017

Bismillah.. Alhamdulillah.

Hari ini merupakan sambutan hari pekerja. Alhamdulillah, sebagai warganegara yang bekerja, anda selayaknya mendapat penghargaan sebagai seorang pekerja. Anda diberikan cuti pada hari ini.

Pekerja adalah aset yang penting kepada sesebuah syarikat. Apatah lagi kepada negara. Ini adalah kerana, tanpa pekerja, banyak tugasan dan pekerjaan tidak dapat dilakukan dengan baik dan sempurna. Pekerja juga memainkan perana penting kejayaan sesebuah organisasi.

Kami di Cahaya Mentari sentiasa mendoakan anda menjadi seorang pekerja yang berdedikasi dan menjadi tulang belakang kejayaan syarikat anda dimana jua anda bekerja. Bekerjalah dengan ikhlas hanya semata-mata kerana Allah. Bukan kerana bos atau majikan kita semata-mata.

Kita sebagai pekerja juga hendaklah sentiasa berusaha memastikan setiap tugasan yang diberikan oleh majikan dapat disiapkan dengan usaha yang terbaik. Berhenti memberikan sebarang alasan kerana mereka yang sering memberikan alasan bukan seorang pekerja yang berjaya.

Akhir kalam, kami di Cahaya Mentari ingin mengucapkan selamat hari pekerja 2017 kepada seluruh warga perkerja di Malaysia dan seluruh dunia.

Anda suka artikel ini?
Isikan email dan kami akan hantarkan secara PERCUMA, artikel terus ke inbox anda. Kami tidak akan berkongsi atau menjual email anda. Privasi anda amat penting bagi kami.
(Visited 77 times, 1 visits today)

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera, dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *