Makanan Perlu Dielak Bayi

Dalam keghairahan anda menyediakan pelbagai jenis menu untuk si manja jangan tersilap memperkenalkan mereka dengan makanan yang tidak sepatutnya. Makanan tersebut dibimbangi boleh mengganggu selera makan si kecil sekaligus menjadi amalam pemakanan tidak sihat apabila mereka membesar.

makanan-ringanKadang kala kita berasa kasihan melihat si kecil memerhatikan makanan yang kita makan. Pantas sahaja kita menyuapnya tanpa memikirkan kesan makanan tersebut kepada bayi kecil. Awas kerana makanan berikut tidak elok untuk bayi anda.

Kerepek

Ia mengandungi terlalu banyak garam, hingga boleh menyebabkan perut kecil bayi menjadi kenyang untuk makan makanan yang berkhasiat.

Makanan segera

Burger, pizza dan makanan goreng mengandungi banyak garam, gula dan lemak tepu yang tidak sesuai untuk bayi.

Makanan tersedia

Ia hanya sesuai untuk hidangan orang dewasa. Memang mudah menyediakannya, hanya perlu panaskan dalam microwave sahaja tetapi kandungan garamnya yang tinggi tidak sesuai untuk bayi.

Gula-gula

Mengandungi gula yang tinggi. Ia boleh merosakkan lapisan enamel pada gigi bayi. Bahkan gula-gula juga berisiko menyebabkan bayi tercekik.

Bijirin sarapan manis

Jangan teruja untuk memberi bayi anda merasa makanan ini. Sebenarnya ia lebih banyak mengandungi paras garam yang tinggi dan terlalu manis. Pastikan anda periksa label pada kotak dahulu.

Kentang jejari

Proses menggorengnya membuatkan ia mengandungi banyak lemak tepu. Ini tidak bagus untuk perut si kecil anda. Jika ingin memberikan kentang jejari kepada bayi, ubah cara memasak kepada memanggang.

 

Sumber: pa&ma

kredit foto: ajkjuu, little grey

 

==============

Susu Biomil Xcel inshaaAllah membantu anda menyediakan makanan yang baik untuk bayi anda.

==============

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − 6 =