makan awal

Makan Awal Bantu Kurangkan Berat Badan

LARANGAN makan selepas pukul 6 petang merupakan peraturan wajib yang perlu dipatuhi bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan.

Menurut pakar diet dan pemakanan Amerika Syarikat, Dr. Dana Hunnes, rejim diet tersebut wajar dicontohi kerana ia benar-benar berkesan bagi mereka yang ingin kurus. Makan awal waktu insyaAllah membantu dalam diet.

“Kajian yang kita lakukan mendapati mereka yang makan pada pukul 7 malam dan ke atas cenderung untuk memiliki pertambahan berat badan.

“Ini kerana, selepas pukul 7 malam, individu cenderung untuk melakukan aktiviti santai seperti menonton televisyen dan tidur.

“Jadi, kalori daripada makanan yang diambil tidak dapat dibakar sehingga ia akhirnya bertukar menjadi lemak,” jelasnya.

Tambah Hunnes, hasil kajian yang dilakukan terhadap 29 orang pemuda selama dua minggu mendapati, majoriti mereka kehilangan sekitar 500 gram lemak selepas mengamalkan peraturan tersebut.

Ini kerana, setiap individu mampu mengurangi sehingga 238 kalori jika mengamalkan tabiat pemakanan sebelum pukul 7 malam setiap hari.

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |
SUMBER :

Kosmo

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × one =