Mahu Anak Anda Pintar & Pandai Membaca Sebelum Masuk Tadika?

Assalammualaikum & salam sejahtera buat ibu-ibu serta bakal ibu.

Boleh dikatakan, hampir semua ibu-bapa inginkan anak mereka menjadi anak yang pintar dan cerdas. Namun, seringkali, tanggungjawab untuk mendidik anak itu, diserahkan bulat-bulat kepada pihak penjaga, nursery, guru tadika dan kadangkala ada juga yang menyerahkannya kepada orang gaji.

Sebenarnya, untuk menghasilkan anak yang pintar, terdapat beberapa teknik dan formula yang boleh digunakan, ia sebenarnya bermula dari sejak anak tersebut di dalam kandungan lagi.

Namun begitu, untuk ibu-ibu yang sudah melahirkan anak, usah risau, ianya masih belum terlambat untuk membentuk anak-anak anda untuk menjadi anak yang pintar dan cerdas.

Ramai Ibu-Bapa Kini, Mendidik Anak Mereka, Sepertimana “Ibu-Bapa Mereka Dahulu” Mendidik Mereka..

Zaman sudah berubah, dulu anak-anak yang berumur 4-6 tahun, banyak bermain nyorok-nyorok, kejar-kejar, cakar ayam, teng-teng dan sebagainya.. tetapi kini, anak-anak yang berumur 3 tahun pun sudah ada ipad/tablet sendiri.

Pesan Saiyidina Umar R.A “Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya..”

Saya masih ingat lagi, sewaktu saya kecil dahulu, saya mula belajar membaca sewaktu saya darjah 1 (umur 7 tahun), masuk darjah 2 (umur 8 tahun), barulah saya pandai membaca dengan agak lancar, ianya adalah normal pada waktu itu. Boleh dikatakan, semua rakan-rakan sekelas saya hanya pandai membaca selepas masuk darjah 2.

Ianya sangat berbeza dengan anak-anak zaman kini, pada umur 6 tahun, sebelum masuk darjah 1, mereka mestilah sudah pandai membaca. Jika tidak, mereka akan ketinggalan. Tambahan lagi, pada zaman ini, persaingan adalah sangat sengit. Semua ibu-bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka.

Pandai Membaca Sebelum Tadika! Besar Kelebihannya!

Menerusi ebook ini, saya akan bongkarkan tips & teknik, bagaimana anda boleh mendidik & mengajar anak anda supaya pandai membaca, sebelum mereka masuk ke tadika lagi. Lagi cepat mereka pandai membaca, maka lebih banyaklah perkara yang boleh mereka belajar.

Bayangkan, pada umur 5 tahun, anak anda sudah boleh membaca label-label yang terdapat pada botol dan kotak malahan signboard. Saya sendiri agak terkejut, apabila pada satu hari, anak saya yang berumur 5 tahun, tiba-tiba membaca signboard kedai-kedai yang dilalui sewaktu saya membawanya bersiar-siar, “Kedai Makan, Kedai Dobi” katanya dengan penuh semangat. Selepas menyedari perkara itu, saya mula membelikan lebih banyak buku-buku cerita untuknya. .

Pada umur 6 tahun, dia sudah pandai membuka komputer dan menaip sendiri perkara yang ingin dia belajar dan ketahui di google ataupun youtube.

Apabila berumur 7 tahun, dia sudah boleh membaca sarikata yang dipaparkan dan sekaligus memahami jalan cerita serta mesej yang terdapat di dalam cerita tersebut.

Kini, anak saya sudah tahu banyak perkara berbanding rakan-rakannya yang lain. Dia juga lebih mudah faham apabila saya menerangkan kepadanya tentang sesuatu perkara yang agak rumit, seperti bagaimana makanan dihadam di dalam perut, tentang ketuhanan, tentang kehidupan realiti dan fantasi, serta pelbagai lagi perkara.

Ketahui Tekniknya Disini!

 

Apa Yang Terkandung Di Dalam Ebook Ini?

cover1

BAB 1 : Teknik Semasa Kehamilan

Dalam teknik ini saya membongkarkan kaedah utama dalam merangsang minda semasa proses pembentukkan janin lagi. Hebat bukan? Terdapat 10 kaedah yang anda boleh praktikkan di rumah tanpa mengeluarkan satu sen belanja pun !
Antara contohnya :

  • Bagaimana emosi ibu _________. Dan cara ____________ …Semua ini dibongkarkan dalam ebook ini.
  • Teknik mengusap perut. Bukan main redah jer. Satu kaedah mudah seperti ______
  • Rahsia senaman yang ___________  minda bayi.

Ini sedikit baru. Ada banyak lagi tau..

 

BAB 2 : Rahsia Kenapa Bangsa Yahudi Genius

Dibongkarkan buat pertama kalinya. Bagaimana kaum  Yahudi tu bijak. Apa petua mereka sampai otak menjadi sangat geliga…

Bagi yang tidak tahu, saya dedahkan dalam ebook ini nanti. Boleh nampak, memang berbeza sangat antara kita dengan mereka.

 

BAB 3 : Teknik Selepas Hamil

Belum cukup usaha lagi jika selepas hamil anda  mengambil langkah berdiam diri untuk melatih minda si manja anak menjadi genius.

  • Terdapat kaedah rahsia untuk _________ dengan bayi.
  • Permainan yang ____________ otak bayi seperti ___________
  • Cara pemakanan

Dan banyak lagi dalam ebook ini. Kena lihat sendiri..

Terdapat 5 bab keseluruhannya di dalam ebook ini. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, mohon klik pada ebook di atas untuk membuat pembelian.

 

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 − two =