kucing tidak mahu makan

Mengapa Kucing Anda Tidak Mahu Makan?

Tahukah anda masalah kucing tidak mahu makan ini sebenarnya adalah satu masalah yang serius? Anoreksia juga boleh berlaku pada kucing tanpa bubu baba sedari.

Kucing yang cerewet dan yang dan tidak mahu makan adalah dua perkara yang berbeza sama sekali. Kucing yang tidak makan makanan selain makanan kegemarannya sahaja dipanggil cerewet.

Tetapi, kucing yang enggan makan adalah kucing yang langsung tidak menghiraukan apa sahaja yang anda berikan.

Kalau kucing tidak makan selama 24 jam, anda patut risau dan mula berikan perhatian.

PUNCA KUCING TIDAK MAKAN?

Anda kena perhatikan kucing dan mengenalpasti apa masalah kucing sehingga tidak mahu makan.

Kami berikan beberapa contoh punca kucing yang sihat tetapi tidak mahu makan :

  • Makanan telah dibiarkan diluar untuk satu masa yang lama
  • Makanan yang dibiarkan tidak lagi bersih
  • Bekas makanan kucing diletakkan di tempat yang tidak bersih
  • Kucing sudah minta makan dekat jiran anda. Maka dia sudah kenyang sebenarnya.

Kalau bukan sebab – sebab di atas ni, kucing tetap tidak makan, kemungkinan besar kucing tengah sakit.

Kenapa kucing sakit tidak dapat makan?

  • Hidung tersumbat maka kucing tidak dapat bau makanan
  • Kucing demam dan selera makan tiada
  • Kucing sakit yang berkaitan dengan mulut dan gigi
  • Kucing merasa mual dan sering muntah
  • Kucing kurang air dan menjadi terlalu lemah untuk makan

CARA MEMUJUK KUCING SUPAYA MAKAN

Kalau kucing sakit, anda kena rajin – rajin bantu si comel untuk makan dan minum. Belikan makanan mahal dalam tin tu, ikan sardin mentah atau ayam rebus.

Anda boleh panaskan sikit makanan itu tapi sampai paras suhu badan sahaja. Jangan bubu baba panaskan melampau sangat sampai menggelegak panasnya.

Cukup sekadar untuk menaikkan aroma bau dan menaikkan selera kucing.

Suap makanan dengan lembut, sambil borak – borak dengan kucing dan belai – belai manja. Barulah kucing akan ada semangat sikit hendak makan.

 

========

Jusz Plus adalah makanan tambahan yang baik untuk mengekalkan kesihatan kucing dan menggebukannya. Ketahui lebih lanjut tentang Jusz plus di SINI.

Adakah anda berasa sukar untuk memandikan kucing anda? Kami ada produk yang boleh membantu. Klik Jusz Spray For Cats di SINI.

========

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × three =