Jika dahulu kita mendengar tentang kopi Habbatus-Sawda` serta campurannya di dalam berbagai jenis kopi yang berada dipasaran, tetapi kini Habbatus-Sawda` yang dibawakan kepada anda pada kali ini adalah dalam bentuk kordial.
Mungkin kita tidak tahu tentang sejarah atau fakta berkaitan dengan Habbatus-Sawda` ini. Kami dari Cahaya Mentari Marketing meyampaikan kepada anda tentang produk serta manfaatnya kepada kesihatan tubuh badan anda seperti di bawah:
Di dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Al Bukhari yang bermaksud:
“Tidak ada penyakit yang tidak dapat diubati dengan Al-Habbatus-Sawda` kecuali al-Sam (maut)”.
Habbtatus-Sawda` dalam sejarah perubatan
Habbatus-Sawda` dikenali dengan berbagai nama, antaranya black seed, black caraway, natura seed, jintan hitam, black cumin, nigella sativa dan lain-lain.
Digunakan sebagai herba perubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masehi dan tercatat dalam banyak literature kuno mengenai ahli perubatan terdahulu seperti Ibnu Sina (980-1037M) dan Al-Biruni (973-1048M), al-Antiki, Ibnu-Qayyim dan Al-Baghdadi.
Ibnu Sina adalah cerdik pandai dari Timur Tengah di dalam bidang perubatan, telah mengkaji khasiat Habbatus-Sawda` untuk kesihatan dan perubatan. Ahli perubatan Yunani Kuno, Dioscoredes, pada abad pertama masehi juga telah mencatat khasiat Habbatus-Sawda` untuk mengubati sakit kepala dan saluran pernafasan.
Habbatus Sawda` atau Black Seed mengandungi lebih dari 100 komponen yang berguna. Ia mengandungi sumber protein, ‘essential fatty acids’ yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh, omega 3 dan omega 6, Vitamin A, B, B2, dan C, Mineral termasuk kalsium, Potassium, zat besi, Zink, Magnesium dan Selenium.
Antara khasiat dan kebaikan Habbatus-Sawda` @ Black Seed adalah:
- Menyahtoksid tubuh.
- Melancarkan pengeluaran angin
- Mengelakkan kembung perut, demam, batuk dan selsema
- Meneutralkan asid gastric
- Mengurangkan masalah jerawat dan penyakit kulit
- Mengurangkan pertumbuhan uban
- Mengurangkan paras gula dalam darah
- Mengurangkan migraine
- Mengurangkan tahap kolestrol
- Mengatasi masalah keguguran rambut
- Mengatasi gangguan tidur dan stress
- Mengatasi keputihan
- Mengatasi sembelit
- Menghilangkan bau tidak menyenangkan ketika haid
- Mengeratkan lagi hubungan suami isteri
- Menyembuhkan berbagai jenis penyakit pernafasan
- Meningkatkan metabolisme tubuh
- Meningkatkan antibody/system pertahanan tubuh
- Mencegah penyakit radang
- Amalan berterusan boleh menjadi penawar bagi penyakit kronik
- Dan lain-lain…
Minum secara berterusan sebagai minuman harian dapat merasai perbezaan pada tubuh. Pada peringkat awal mengamalnya, mata akan terasa mengantuk kerana ia mula memasuki sistem darah, pembuangan angin yang ketara bagi mereka yang mengalami masalah angin dalam badan dan kerap buang air kecil kerana proses mencuci buah pinggang.
Keadaan ini berlaku tidak lebih daripada seminggu sahaja.
p.s: sumber dari ANGAH ROZAS ENTERPRISE
p.p.s: Sila klik di sini untuk sebarang pertanyaan dan tempahan produk.










Facebook Comments
Powered by Facebook Comments