perkembangan bayi

Kenapa Bayi Perlu Dimandikan?

Mandi rangsang Perkembangan Bayi

Mandi sememangnya rutin wajib yang dilakukan oleh semua orang termasuk bayi kecil. Di sebalik fungsinya untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran, rutin mandi sebenarnya memainkan peranan penting terhadap perkembangan bayi.

Masa mandi bersama si kecil adalah waktu terbaik untuk meningkatkan ikatan antara anak dengan ibu bapa. Ia kelihatan seperti tugas harian yang wajib dilakukan tetapi sebenarnya ia masa terbaik merangsang otak bayi.

Kajian

Menurut kajian yang dilakukan, otak kanak-kanak terbentuk sebanyak 85% pada usianya tiga tahun. Dalam tempoh tersebut rangsangan sensorik memainkan peranan penting bagi perkembangan bayi sihat dan gembira.

Tugas memandikan bayi membantu merangsang tugas otak bayi apabila beberapa deria seperti bau dan sentuhan dirangsang.

Selain daripada itu, aroma buih mandian bayi yang harum dan menenangkan digabungkan dengan sentuhan kasih sayang ibu atau ayah yang memandikan telah memberikan anak memori indah yang akan disimpan seumur hidupnya walaupun hal tersebut berlaku ketika mereka masih usia bayi.

Nyata sekali, masa mandi bayi anda merupakan masa interaksi yang penting antara ibu dan anak dan membantu perkembangan kognitif anak.

Kesimpulan

Jadikan masa mandi anak anda sebagai satu pengalaman bermakna kepadanya dalam mengeksplorasi kemahiran sensori mereka.

Aktiviti mandi juga boleh menjadi pelajaran awal kepada bayi. Mandi bukan sekadar membersihkan diri tetapi juga masa penting membina ikatan antara ibu dan anak. Jom, jadikan masa mandi anak anda saat paling menggembirakan mereka.

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 − 4 =