Ikan Sardin Heritage

Bismillah. Alhamdulillah.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita ikan sardin yang  mengandungi cacing di dalamnya. Beberapa jenama besar telah terlibat dan ditarik semula dari pasaran.

Alhamdulillah. Kami di Cahaya Mentari sentiasa berusaha memberikan anda pilihan kepada produk-produk yang ada di pasaran. Kami berusaha membantu mereka yang mempunyai produk yang berkualiti dan Halal untuk kami pasarkan produk mereka kepada pelanggan yang memerlukan.

Kami ingin memperkenalkan satu lagi produk terbaharu di pasaran iaitu Ikan Sardin Heritage.

Apakah kelebihan produk ikan sardin ini?

Seperti yang anda sedia maklum, produk ikan sardin adalah produk makanan yang tidak asing bagi masyarakat Malaysia. Boleh dikatakan ianya dikenali oleh setiap lapisan masyarakat. Antara kelebihan produk ikan sardin yang kami bawakan adalah seperti berikut:

  1. Produk ikan sardin ini keluaran Bumiputera / Islam 100 %. Jadi anda tidak perlu risau untuk membelinya malah memberikan sokongan kepada pihak syarikat untuk berkembang.
  2. Harga yang jimat dengan kualiti yang terbaik
  3. Diproses dengan menggunakan “Retort Technology” iaitu proses penstrilan terkini.
  4. Tiada bahan pengawet
  5. Tiada bahan perisa tambahan
  6. 1 paket 425gm mengandungi antara 5-7 ekor ikan.
  7. Ikan sardin tempatan
  8. Sos tomato dengan citarasa tempatan
  9. Sangat sesuai untuk kembara luar negara dan aktiviti luar (perkemahan dan rekreasi).
  10. Mesra pengguna (tidak perlu pembuka tin). Anda hanya perlu koyakkan sahaja dan nikmatinya.
  11. Kilang yang mempunyai akreditasi HACCP, ISO, HALAL dan MeSTI.

Rasa Premium, Harga Jimat & Halalan Toyyiban

Berapa jenis produk yang ada?

Setakat ini kami bawakan dengan dua pilihan. Ikan sardin dalam sos tomato dan cili dan ikan sardin dalam sos tomato. Anda boleh melihat gambar di bawah.

Ikan Sardin Dalam Sos Tomato Dan Cili

Ikan Sardin Dalam Sos Tomato

Bagaimana mahu oder?

Kedua-dua jenis produk ikan sardin ini berharga cuma RM7.00 sahaja satu paket.

Minimum oder adalah 5 paket. Anda boleh campur oder samada mahu jenis ikan sardin dalam sos tomato dan cili atau ikan sardin dalam sos tomato. Pembungkusan dan penghantaran RM15.00.

 

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine − 3 =