Cara Mengawal Kemarahan Dari Perspektif Islam

Marah yang tidak terkawal boleh mengundang malapetaka sehingga boleh menyebabkan berlakunya kehilangan nyawa. Di sini kami ingin berkongsi bersama anda cara untuk mengawal kemarahan menurut perspektif islam inshaaAllah.

1. Berwuduk

Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dibuat daripada api. Api itu hanya dapat dipadamkan dengan air.

2. Membaca Al-Quran

Ayat-ayat Al-Quran menjadi penawar sakit rohani dan jasmani. Jika badan dan emosi tidak stabil segerakan mengambil Al-Quran dan bacalah kalam Tuhan tersebut.

3. Berzikir dan Beristighfar (memohon ampun)

Zikir paling mudah diamalkan. Boleh dibacakan untuk diri sendiri apabila berasa marah atau kepada orang lain untuk meredakan marah atau panas baran mereka. Dibaca berulang-ulang sambil menggosok dada.

4. Berselawat

Memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi adalah kunci kepada penyelasaian banyak masalah.

5. Beriktikaf di dalam Masjid

Minda kita perlu kepada kelapangan dan ruang. Sifat semulajadi minda kita sukakan ketenangan. Masjid merupakan kawasan lapang yang mampu meredakan kekusutan jiwa inshaaAllah.


E-book panduan kehidupan:

1. Solat merupakan tiang agama. Namun begitu tidak begitu ramai yang tahu tentang bagaimana untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat. ebook RAHSIA SOLAT ini inshaaAllah membantu anda meningkatkan ilmu di dalam melakukan ibadat solat.

2. Merokok adalah tidak baik untuk kesihatan. Dapatkan panduan untuk berhenti merokok dalam masa tiga minggu inshaaAllah di dalam ebook ini.

3. Anak-anak adalah harta yang tidak ternilai harganya. Tip-tip mendidik anak pintar dan cerdas ini inshaaAllah membantu anda mendalami ilmu keibubapaan dengan lebih baik.


 

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 + two =