masalah sembelit bayi

Bagaimana Mengatasi Masalah Sembelit Bayi Anda?

Masalah sembelit bayi.

Makanan bayi sejak lahir hingga enam bulan yang terbaik adalah susu ibu. Susu ibu mengandungi nutrient yang lengkap untuk bayi pada ketika itu.

Makanan bijirin ataupun pejal yang lain tidak sesuai untuk bayi semuda itu.

Hal ini kerana pada usia itu, bayi masih tidak mampu untuk menelan dan menghadam makanan.

Keadaan ini juga ada kaitan dengan ketidakmampuan bayi untuk memecah molekul kompleks daripada makanan karbohidrat seperti bijirin kepada molekul kecil untuk penyerapan di usus seterusnya akan membebankan usus bayi dan menyebabkan ketidakselesaan.

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh cuba tambahkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang dikisar ke dalam diet bayi.

Juga diingatkan agar anda meningkatkan pemberian cecair untuk memudahkan pergerakan usus dan dapat membantu memudahkan proses pembuangan air besar.

Selain itu, cara-cara seperti mengurut perut bayi ikut arah jam, memandikan bayi dengan air suam dan membuat gerakan seperti berbasikal dengan kaki bayi juga dapat merangsangkan pergerakan usus dan melegakan masalah sembelit.

 

Kredit Foto: wallsebot.com

 

P.s: Susu Biomil Xcel adalah susu formula untuk anak anda yang berumur 1 tahun dan ke atas. Boleh juga diminum oleh seluruh ahli keluarga kerana mengandungi pelbagai khasiat.

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 + 5 =