Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Tekanan Darah Tinggi?

Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%.

Tekanan Darah

Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75.

  • Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
  • Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)

Berikut adalah Jadual tentang tekanan darah tinggi samada anda berada dalam keadaan normal ataupun tidak.

jadual-tekanan-darah-tinggi

Apakah penyebab berlakunya tekanan darah tinggi?

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.

Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:

  • Penyakit buah pinggang
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
  • Faktor keturunan
  • Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)

Tanda-tanda dan gejala seseorang mengalami darah tinggi

  • Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
  • Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
  • Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.

darah-tinggi

Komplikasi

Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.

Peningkatan mendadak tekanan darah

  • Boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera

Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-

  • jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
  • pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
  • buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
  • mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
  • otak- strok/angin ahmar

Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.

Rawatan

Tekanan darah tinggi boleh dirawat melalui 2 cara iaitu secara ubat-ubatan atau rawatan yang tidak melibatkan ubat.

Rawatan tanpa ubatan

bersukan

Anda perlu mengubah cara hidup kepada cara hidup yang lebih sihat antaranya seperti berikut:

  • Kurangkan pengambilan garam
  • Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
  • Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
  • Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
  • Hindari stress

Rawatan dengan ubatan

Rawatan secara ubatan adalah dengan cara memakan ubat yang telah diberikan oleh doktor kepada anda dan makan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pemeriksaan berkala juga perlu dilakukan untuk memastikan anda sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Lee Fatt Soon
: Dr. Mohmad bin Salleh
: Dr. Mohd Faudzi bin Abdullah
Penyemak : Dr. A. Khalek bin Abd. Rahman

Sumber asal: myhealth.gov

Kredif foto: bp

 

P.S: Adakah anda tahu kebaikan Minuman Herba Daun Alfalfa mampu untuk mengurangkan masalah tekanan darah tinggi? Dapatkan maklumatnya di AIR ALFALFA.

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × three =