Apa Pentingnya Sentuhan Seorang Ibu?

Siapa yang tidak sayangkan ibu mereka? Yang melahirkan, yang mengasuh, membesarkan kita dengan segala kesusahan dan penat lelah. Kami pasti, anda juga pasti sayangkan ibu anda.

Artikel kali ini berkaitan dengan pentingnya sentuhan seorang ibu kepada anak-anaknya. Mengapa ia penting dan boleh mempengaruhi tumbesaran mereka? Baca selanjutnya artikel ini di bawah.

===================

Secara psikologi, kanak-kanak yang mendapat kasih sayang yang cukup daripada ibu dan ayah akan mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi ekoran daripada keceriaan dan kebahagiaan yang dinikmati.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh pakar mendapati kanak-kanak yang mendapat curahan kasih sayang dan perhatian yang cukup daripada orang tuanya terutama ibu akan mempunyai ukuran otak yang lebih besar, sementara kanak-kanak yang mempunyai saiz otak lebih kecil dikatakan kurang mendapat belaian kasih sayang dan perhatian daripada si ibu.

Ukuran otak kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan mental dan kecerdasan dirinya. Kanak-kanak yang memiliki otak sihat (sebelah kiri) lebih cerdas dan mungkin meningkatkan kemampuan sosialnya untuk berasa empati dengan orang lain apabila dewasa kelak.

Kasih sayang seorang ibu memainkan peranan paling penting terhadap perkembangan minda anak. Tahukah anda kasih sayang ibu mempunyai banyak manfaatnya. Kanak-kanak yang dilimpahi kasih sayang daripada ibunya sejak awal kehidupan akan lebih mudah belajar perkara baru dan lebih cerdas serta berkeinginan untuk tahu banyak perkara.

Sementara kanak-kanak yang sering diabaikan oleh ibunya, tidak mendapat belaian kasih sayang secukupnya daripada si ibu, berkemungkinan membesar sebagai kanak-kanak yang murung, pemarah, kurang cerdas dan terlalu nakal. Ini sekaligus mengganggu pertumbuhan minda mereka untuk menjadi anak yang cerdas.

Oleh itu ibu sekalian, pastikan anda memberikan sepenuh perhatian dan belaian kasih sayang tanpa henti kepada si kecil kesayangan. Sesungguhnya kasih sayang anda mampu membentuk seorang anak yang cerdas dan berhati mulia di masa akan datang.

 

Sumber Asal: Pa&Ma

Kredit Foto: tiarawurnita

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + 3 =