bayi batuk berkahak

Apa Nak Buat Jika Bayi Batuk Berkahak?

Antara perkara yang menjadi kerisauan ibubapa adalah apabila anak-anak mula kelihatan sakit dan tidak sihat. Lebih-lebih lagi kepada ibubapa baharu yang baru mendapat bayi mereka yang pertama dan ibubapa yang mempunyai bayi kecil.

Melihat keadaan mereka yang demam terutamanya demam selsema amat menyeksakan. Ini adalah kerana, mereka sukar untuk bernafas dan apabila batuk, terdengar bunyi kahak yang tidak menyenangkan hati ibubapa.

Kami ingin berkongsi bersama anda sedikit tips iaitu apa nak buat jika bayi batuk berkahak. Di bawah ini ada soalan jawapan daripada mereka yang pakar tentang masalah ini.

Soalan

Anak saya baru berusia 24 hari. Macam mana hendak hilangkan kahak yang membuatkan anak saya batuk-batuk? Saya kasihan melihat dia tercungap-cungap batuk.

Azzah Rosli

Jawapan

Bayi sering menghasilkan bunyi pernafasan yang berbagai-bagai. Sebahagian bunyi tersebut tidak diiringi tanda-tanda amaran, manakala sebahagian lagi mungkin memerlukan nasihat perubatan. Saluran pernafasan bermula dari hidung hingga ke bronkiol terminal di mana udara akan tiba ke unit-unit alveoli tempat pertukaran oksigen dan karbon dioksida.

Saluran pernafasan dilapisi oleh sel epithilia yang merembeskan mucus (lendir) serta jejari halus (silia) yang beralun untuk memerangkap habuk/bendasing yang melalui saluran pernafasan.

Selain itu terdapat juga reseptor yang berhubung dengan saraf yang menghasilkan reflex batuk apabila terdapat stimulasi yang mengganggu saluran pernafasan.

Kombinasi beberapa struktur di atas membentuk mekanisma penghalang daripada gangguan kepada fungsi pernafasan yang normal. Sebagai contoh, mukus memerangkap habuk dan silia membantu menggerakkan mukus serta reflex batuk bertujuan menolak mukus dan habuk keluar dari saluran pernafasan.

Bayi boleh menghasilkan pelbagai bunyi yang berbeza bergantung kepada punca dan bahagian yang mengalami gangguan kepada arus udara.

Berikut  adalah proses bagaimana kahak terhasil:

1. Bunyi kahak mungkin terhasil disebabkan kehadiran mukus di bahagian saluran pernafasan atas seperti di dalam hidung, di belakang hidung ,tekak, atau larynx iaitu bahagian sebelum memasuki trakea.

2. Bunyi kahak mungkin juga terhasil di saluran pernafasan bawah iaitu dari trakea ke terminal bronkiol sehingga alveoli.

3. Mukus yang berlebihan mungkin terhasil disebabkan berbagai faktor luaran seperti jangkitan kuman, habuk, bahan kimia, suhu/cuaca persekitaran. Faktor dalaman seperti regurgitasi susu/jus asid dari perut juga boleh mempengaruhi penghasilan mukus.

4. Mukus yang pekat atau kering terutamanya di bahagian hidung bayi mungkin menghalang pernafasan kerana bayi tidak boleh bernafas melalui mulut. Doktor mungkin akan menasihatkan penggunaan saline drop atau spray dan sekiranya perlu boleh disedut menggunakan penyedut hidung (nasal aspirator).

5. Bunyi berkahak dan disertai dengan batuk yang kerap serta nafas yang tercungap-cungap menandakan bayi anda mungkin mengalami kesukaran untuk bernafas. Bayi perlu dibawa berjumpa doktor untuk mengenalpasti masalah serta rawatan.

Perlu diingatkan bahawa bunyi pernafasan bukan sahaja disebabkan kahak; oleh sebab struktur pernafasan adalah kompleks, bunyi boleh disebabkan oleh halangan arus udara yang boleh terjadi di sepanjang laluan saluran pernafasan.

Oleh itu sekiranya anda tidak pasti, terutamanya bayi menghadapi masalah pernafasan, penyususan, gangguan tidur atau kurang berat badan, anda dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor.


Soalan berikut dijawab oleh: Dr. Wan Khairina Wan Mohd Nowalid, MBBS (Adelaide), M.Med (Paediatrics) UKM, Pakar Perunding Pediatrik dari Pantai Hospital Ampang

P.s: Sekiranya anda rasakan aritikel ini bermanfaat, mohon kongsikan bersama ibubapa yang lain di facebook dan juga twitter.

P.s.s: Susu Biomil Xcel adalah susu formula untuk kanak-kanak berumur dari satu tahun dan ke atas. Kenali lebih lanjut tentang Susu Biomil di SINI.

Anda suka artikel ini?
Isikan email dan kami akan hantarkan secara PERCUMA, artikel terus ke inbox anda. Kami tidak akan berkongsi atau menjual email anda. Privasi anda amat penting bagi kami.
(Visited 4 times, 1 visits today)

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera, dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *