tekanan darah tinggi

Apa Itu Tekanan Darah Tinggi? Bahagian – 2

Bagaimana Tekanan darah diukur?

Doktor atau kakitangan kesihatan akan mengambil tekanan darah anda. Ukurannya perlu dibuat dengan betul sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Terdapat 3 peranti yang biasanya digunakan dan diterima pakai:

  • Alat sfigmomanometer, sama ada yang menggunakan lajur raksa atau aneroid.
  • Peranti elektronik yang disahkan.
  • Peranti tekanan darah ambulatori automatik

Langkah-langkah lain yang perlu dipatuhi untuk mendapat ukuran yang betul ialah:

  • Berehat selama 5 minit dan duduk dengan selesa. Tangan hendaklah terdedah dan diampu pada meja atau permukaan yang rata pada paras jantung.
  • Jangan mengambil minuman yang mengandungi kafein atau merokok 30 minit sebelum prosedur ini.
  • Jangan melakukan aktiviti/kerja yang berat sebelum tekanan darah diambil.

Tekanan darah tinggi tidak boleh didiagnoskan dengan hanya mengambil ukuran sekali sahaja. Ia perlu disahkan dalam masa sebulan. Walau bagaimanapun, jika terdapat faktor-faktor risiko yang lain seperti penyakit organ tertentu atau diabetes, rawatan hendaklah diberi tanpa berlengah-lengah.

Kenapa seseorang itu mendapat tekanan darah tinggi?

Anda boleh mendapat tekanan darah tinggi sekiranya anda merupakan seorang lelaki atau seseorang yang mempunyai latar belakang keluarga mengalami serangan jantung atau angin ahmar (strok) pada usia muda.

Faktor lainnya mungkin disebabkan keturunan seperti kecenderungan menghidap darah tinggi atau kegemukan. Bagaimanapun sesetengah faktor risiko ini merupakan sesuatu yang anda sendiri lakukan (pilihan) seperti merokok, suka memakan makanan yang tinggi lemak atau berminyak dan tidak bersenam secukupnya.

Terdapat beberapa faktor yang boleh dikawal dan ada juga faktor yang di luar kawalan anda. Perhatikan senarai yang tercatat di bawah ini dan lakukan sesuatu untuk menurunkan tekanan darah anda.

apple

Faktor yang anda boleh kawal

  • Berhenti merokok – untuk mencegah penyempitan saluran darah anda
  • Senaman – boleh membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan darah.
  • Memakan makanan rendah lemak dan seimbang – untuk mengawal berat badan
  • Kurangkan pengambilan alkohol – alkohol meningkatkan tekanan darah anda
  • Kurangkan pengambilan garam – natrium boleh meningkatkan tekanan darah.
  • Kurangkan stres – tekanan mental atau stres boleh meningkatkan tekanan darah.
  • Pil perancang keluarga – sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.

 

bikers

Faktor di luar kawalan anda

  • Jantina – kaum lelaki lebih mudah mendapat tekanan darah tinggi
  • Umur – darah tinggi meningkat mengikut umur
  • Bangsa – kajian telah menunjukkan sesetengah kaum/bangsa lebih mudah mendapat penyakit ini.
  • Keturunan – risiko mendapat tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi
  • Diabetes – bagaimana diabetes membawa kepada sakit jantung masih belum jelas, tetapi kita tahu bahawa diabetes mencetuskan pembentukan aterosklerosis yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan mengurangkan peredaran darah ke bahagian kaki.

============

Minuman Alfalfa, Habbatus Sauda, boleh membantu anda dalam mengawal gejala ini. Klik pada link atau bahagain produk untuk mengetahui maklumat lanjut tentang produk.

============


About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five − 5 =