apa itu sembelit

Apa Itu Sembelit – Bahagian 2

Di dalam bahagian 2 ini kita akan menyelami apakah sebab-sebab berlakunya sembelit. Sekiranya anda belum membaca bahagian pertama, mohon klik di bahagian – 1 untuk membaca.

Antara sebab-sebab berlakunya sembelit adalah seperti berikut:

  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

Bahaya dan komplikasi Sembelit

Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau anal fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus).

Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur.

Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).

 

P.s: Amalan meminum minuman yang berkhasiat sangat baik untuk mengekalkan kesihatan kita pada tahap terbaik. Minuman Herba Daun Alfalfa adalah salah satu minuman yang baik untuk anda.

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

One thought on “Apa Itu Sembelit – Bahagian 2

  1. Tips yang berguna mengenai sebab-sebab sembelit. Selain itu, kita juga harus berhati-hati dengan ubat dan vitamin yang kita makan kerana kesan sampingan ubat dan makanan tambahan juga boleh menyebabkan sembelit. Antaranya ialah ubat antacid (untuk rawatan gastrik), ubat narkotik (mengandungi morfin) yang digunakan sebagai ubat tahan sakit dan vitamin zat besi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 − 9 =