apa itu sembelit

Apa Itu Sembelit? – Bahagian 1

Ramai dikalangan masyarakat Malaysia sudah maklum tentang sembelit. Ia selalu dikaitkan dengan amalan pemakanan yang tidak teratur oleh sesetengah masyarakat.

Di dalam artikel kali ini, anda akan mengetahui apa itu sembelit dan juga simptom-simptom berlakunya sembelit.

Apa itu sembelit?

Sembelit bukanlah penyakit sebaliknya gejala yang mempunyai simptom- simptom berikut:

  1. Kurang membuang air besar – kekerapan membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu
  2. Najis yang dihasilkan daripada pembuangan adalah keras
  3. Meneran semasa buang air besar. Pembuangan air besar hanya berjaya dilakukan dengan meneran sepenuh tenaga.
  4. Rasa tidak puas walaupun selepas membuang air besar. Sanggup duduk lama di dalam tandas kerana berasa tidak puas membuang air besar.
  5. Perut kembung, kejang atau sakit tetapi sukar untuk najis keluar.

Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis.

Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan.

Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering.

 

Bersambung ke bahagian – 2

 

P.s: Akibat kurangnya amalan minum air kosong atau air masak, kita akan mengalami kesukaran membuang air besar.

Minuman herba daun Alfalfa inshaa Allah membantu melawaskan pembuangan air besar dan kecil bagi mereka yang sering mengalami masalah sembelit dan kencing tidak lawas.

 

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + 14 =