apa itu penyakit batu karang

Apa Itu Penyakit Batu Karang?

Apa itu penyakit batu karang?

Penyakit batu karang bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia terutamanya. Batu karang atau “renal stone” membawa maksud terdapat batu di buah pinggang atau salur kencing seseorang.

Batu ini terbentuk apabila terdapat mendakkan mineral dalam air kencing. Selalunya kaum lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini, namun kaum wanita juga juga tidak terkecuali dari mendapat penyakit ini.

Bagaimana boleh terjadi?

Batu karang terbentuk disebabkan beberapa faktor. Faktor yang utama adalah disebabkan tubuh seseorang itu kurang air. Ini terjadi mungkin disebabkan kurang nya meminum air dan banyak berpeluh.

Selainnya, batu karang juga berpotensi untuk terbentuk apabila seseorang memakan banyak makanan yang mengandungi protein seperti daging merah, makanan yang masin, minum banyak kopi dan teh dan sebagainya.

Batu karang juga lebih mudah terbentuk apabila seseorang itu mumpunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Tanda-tanda seseorang mempunyai batu karang

Kebiasaannya batu-batu yang bersaiz kecil akan keluar dari tubuh seseorang melalui air kencing. Namun, sekiranya batu ini mempunyai saiz yang agak besar, ia akan mula tersekat dalam salur kencing.

Ini akan menyebabkan individu itu berasa tidak lawas apabila kencing, kencing yang sedikit, kerap kencing dan juga sakit yang tidak tertahan yang dapat dirasai di bahagian belakang pinggang.

Selain itu, individu itu mungkin juga akan demam, muntah-muntah, loya, kencing berdarah dan berasa sakit apabila kencing.

Cara merawat dan mengatasi

Batu karang yang tidak terkeluar melalui air kencing memerlukan rawatan yang membolehkan batu itu keluar dari buah pinggang atau salur kencing yang tersumbat.

Doktor akan memberi ubat tahan sakit untuk mengurangkan sakit yang dialami pesakit. Kemudian, pembedahan kecil diperlukan untuk membuang batu karang itu.

Nasihat pencegahan

Untuk mengelakkan dari perkara ini terjadi, dinasihatkan supaya seseorang itu meminum banyak air setiap hari terutamanya mereka yang melakukan pekerjaan yang menyebabkan mereka cepat berpeluh dan terdedah kepada panas matahari seperti penoreh getah dan nelayan.

Kita juga disarankan unutk meminum air sebanyak 2.5-3 liter sehari. Selain itu, hendaklah mengurangkan pemgambilan mekanan dan minuman seperti daging merah, kopi dan teh.

Akhir kata, berjumpalah doktor debgan segera apabila mendapati terdapat gejala2 yang disebutkn di atas berlaku. Seperti kebiasaannya, ‘Mencegah lebih baik dari merawat’.

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |
SUMBER :

Foto

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 4 =