Antara Kebebasan Kewangan dan Keberkatan Kewangan

Bismillah.

Apa kata kita meneliti sedikit berkenaan dengan pedoman hidup berkenaan kewangan di dunia ini.

Didapati, sistem kewangan barat mengajar kita supaya mencari KEBEBASAN KEWANGAN (FINANCIAL FREEDOM). Menyimpan untuk diri sendiri adalah lebih diutamakan dan dalam jumlah yang lebih besar berbanding memberi kepada orang lain.

Sistem kewangan Islam (Insyaa Allah) mengajar manusia supaya mencari keberkatan dalam setiap sen yang kita perolehi dan belanjakan. Yang perlu diutamakan adalah berusaha mencari duit halal untuk dibelanjakan keperluan untuk ahli keluarga dan mengutamakan tetamu dan juga orang lain yang setiap saat memerlukan bantuan.

Seorang Ustaz pernah berkata kepada saya “Saya tidak pernah bertemu dengan doa yang diajar di dalam Islam supaya menjadi kaya raya, yang beliau temui adalah doa supaya mendapat rezeki yang berkat.”.

Banyak orang ketika ini, sudah terikut-ikut sistem barat, membanding-bandingkan berapa banyak harta mereka ada.

Ada individu yang bertanya kepada seseorang “Duit engkau sudah banyak mana?”

Di dalam Islam, Insyaa Allah kita tidak diajar untuk mengingati dan mencatat setiap sedekah dan bantuan yang kita berikan, ini kerana kita berikannya secara Ikhlas.

Kita di dalam perjalanan untuk pulang ke tempat asal datuk dan nenek kita iaitu Syurga, di doakan Allah permudahkan kita untuk mengikut Al Quran dan Sunnah, supaya kita tidak tersesat walaupun di dalam hal mencari dan membuat duit.

Astaghfirullah. Wallahu A’lam.

Sumber: Shamsuddinkadir.com

 

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six + 11 =