alhamdulillah

Alhamdulillah! Terima Kasih Allah

Bismillah.. alhamdulillah.

Pertamanya kami ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. atas kurniaan rezeki dan kesempatan untuk mewujudkan semula website ini. Setelah bertungkus lumus sepanjang minggu ini untuk memulihkan semula website cahaya mentari ini, akhirnya kami berjaya juga menghidupkannya dengan izin Allah.

Kini anda sudah boleh melayari website kami dan mendapat beberapa info yang mungkin dahulunya anda tercari-cari di google. Kami juga telah melakukan beberapa penambahbaikan agar anda semua dapat melayari website kami tanpa sebarang masalah.

Kedai online kami iaitu shop.cahayamentarimarketing.com juga telah kami pulihkan seperti sedia kala. Cuma untuk pelanggan yang telah mendaftar dahulu, perlu mendaftar semula sekiranya data anda tidak barada di dalam akaun kami. Daftar di SINI.

Kami juga berharap proses pembelian produk akan menjadi lebih mudah dengan sistem yang kami gunakan di kedai online tersebut.

Sekiranya anda mempunyai masalah, mohon ke bahagian hubungi kami untuk berhubung.

Akhir kata, kami bersyukur dan berterima kasih kepada anda yang terus menyokong kami untuk terus maju ke hadapan dan membantu lebih ramai pelanggan mendapatkan produk yang berkualiti di samping membantu anda yang ingin memulakan perniagaan untuk menjual produk yang kami bekalkan.

Kami mohon maaf atas kelemahan dan kesulitan yang berlaku sepanjang proses mewujudkan semula website Cahaya Mentari Marketing.

Ayuh terus melangkah dengn lebih yakin dan berani pada tahun 2017 yang mencabar ini.

Anda suka artikel ini?
Isikan email dan kami akan hantarkan secara PERCUMA, artikel terus ke inbox anda. Kami tidak akan berkongsi atau menjual email anda. Privasi anda amat penting bagi kami.
(Visited 40 times, 1 visits today)

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera, dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *