Ajar Bayi Bercakap Betul

Siapa yang tidak suka bercakap dengan bayi kecil. Walaupun dia belum faham apa yang kita cakapkan tetapi reaksinya sangat menggeramkan sesiapa sahaja. Tambah seronok apabila bayi yang diajak bercakap itu sudah boleh bercakap dalam bahasanya sendiri.

Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa mengajak bayi bercakap dalam bahasa betul adalah cara yang paling tepat untuk membantu perkembangan pertuturannya? Satu kajian yang dilakukan oleh professor psikologi dari Stanford University menunjukkan bahawa otak bayi boleh bertindak balas dengan bahasa yang kompleks dengan susunan tatabahasa yang baik.

Contoh ayat adalah seperti berikut, “Jom makan oren!”, adalah sebaiknya ibu mengatakan “Ibu potong oren ini untuk makanan selingan kita. Jom makan buah oren ini bersama-sama.”

Secara realitinya, anak kecil meningkatkan pembelajaran bahasanya dan meningkatkan kemampuan kognitif kecerdasannya daripada hubungan sesama manusia secara langsung. Untuk memastikan anak boleh menyerap dan belajar bahasa dengan baik, sebaiknya ibu bapa selalu menggunakan hubungan mata secara langsung dan menggunakan kosa kata sederhana untuk bercakap.  Sebenarnya bayi sudah terlebih dahulu boleh belajar bahasa sebelum dia boleh bercakap.

Oleh itu, ketika berbual dengan bayi, pastikan anda tidak bercakap bahasa bayi. Bercakaplah dengan jelas kerana bayi sudah belajar berkomunikasi sebaik dia dilahirkan. Bayi belajar mendengar suara daripada orang-orang di sekitarnya dan belajar bahawa suara yang dia dengar itu mempunyai kekuatan untuk memenuhi keperluan mereka dan boleh menarik perhatiannya.

Semakin kerap kita bercakap dengan kosa kata yang jelas dengan bayi, maka semakin kaya kosa kata yang akan dimiliki olehnya nanti. Bila tiba saatnya, anda akan kagum kerana bayi kecil anda boleh bercakap dengan jelas tanpa perlu bercakap pelat.

 

Sumber Asal: Pa&Ma

Kredit Foto: teachbabytotalk

 

=====================

Adakah anda sedang mencari lampin bayi pakai buang pada harga yang berpatutan serta berkualiti? Mohon ke Lolla’s Diapers

=====================

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 + nineteen =