Ringkasan Syarikat
Cahaya Mentari Marketing adalah sebuah syarikat milik 100% bumiputera yang diperbadankan pada 8hb Disember, 2009. Penubuhan syarikat ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk melahirkan usahawan bumiputra dalam bidang pemborongan. Cahaya Mentari Marketing pada dasarnya terlibat secara langsung dengan aktiviti pemborongan produk-produk Halal keluaran bumiputra Islam Malaysia umumnya, dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kami membekalkan produk kepada pengedar seluruh Malaysia.
Cahaya Mentari Marketing berhasrat untuk menjadi peneraju kepada pemborong produk Halal utama Malaysia dengan hasrat untuk membantu usahawan bumiputra umumnya memasarkan produk mereka kepada setiap penduduk Malaysia. Misi kami adalah untuk membekalkan produk Halal yang berkualiti tinggi serta menyediakan khidmat pelanggan yang terbaik.
Cahaya Mentari Marketing juga menjanjikan pemasaran yang luas serta khidmat pelanggan terbaik supaya setiap barangan yang dipasarkan dapat sampai tepat pada masanya kepada pengedar. Berbekalkan pengalaman dan kekuatan syarikat, kami yakin setiap pelanggan akan berpuas hati dengan khidmad yang ditawarkan beserta harga yang berpatutan kepada mereka yang berminat menjadi pengedar kepada produk-produk yang kami tawarkan.
Selain itu kami juga telah melebarkan sayap dengan menjual beberapa barangan keperluan anda selain makanan iaitu baju, barang digital dan lain.
Visi Syarikat
Isu kepentingan membeli produk halal sejak akhir-akhir ini, menunjukkan makanan yang diambil serta bahan-bahan yang digunakan nyata mempengaruhi kesihatan rohani dan jasmani individu dan keluarga. Kita hampir terlupa akan kesan jangka panjang akibat daripada pengambilan makanan yang tidak halal dan suci lebih-lebih lagi kepada mereka yang beragama islam. Gaya hidup ini perlu di ubah bagi melahirkan individu yang cemerlang dari segi rohani dan jasmani.
Menyedari hakikat ini, syarikat beriltizam untuk memastikan setiap insan akan menikmati produk-produk halal keluaran usahawan tempatan, di samping membantu usahawan memasarkan produk mereka sekaligus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Negara.
Misi Syarikat
Cahaya Mentari Marketing, sebuah syarikat milik penuh bumiputra bukanlah syarikat pertama yang menjadikan bidang pemborongan sebagai perniagaan utama. Kebanjiran pemborong-pemborong yang kebanyakannya terdiri daripada usahawan bukan bumiputra, telah membuatkan kami mengambil inisiatif untuk menjadi salah satu pemborong utama dalam pasaran negara.
Namun begitu, Cahaya Mentari Marketing lebih menumpukan kepada pemborongan produk-produk halal keluaran syarikat bumiputra Islam khususnya.
Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mengambil makanan dari sumber yang halal merupakan salah satu faktor mengapa bidang ini mempunyai pasaran yang luas bukan sahaja di dalam negara, malah menjangkau sehingga seluruh dunia. Usaha ini diharapkan akan dapat memacu perkembangan ekonomi negara serta mampu memberi peluang perniagaan kepada mereka yang berminat menceburi bidang perniagaan.
Bingkisan Pengarah
Bagi pihak syarikat Cahaya Mentari Marketing, saya mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan semua pihak yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi memasarkan produk dari syarikat kami.
Bermula dengan satu ilham serta diiringi dengan petunjuk daripada Allah swt, bermulalah satu perjuangan untuk memartabatkan produk halal buatan anak tempatan ke persada global. Dengan bantuan dan sokongan dari para pemborong dan pengedar, diharapkan usaha murni ini akan diberkati oleh Allah s.w.t
Ditengah-tengah kemelut memperjuangkan produk makanan halal untuk santapan generasi kini, Cahaya Mentari Marketing (CMM) muncul memenuhi kehendak-kehendak mereka yang peka dan memiliki kesedaran bahawa memilki dan mencari produk halal itu suatu “kewajipan” bagi memantapkan diri individu, insitusi keluarga, masyarakat dan negara di samping memperolehi keberkatan dari Allah s.w.t.
Kita harus melangkah ke hadapan dan menggembeling tenaga untuk memastikan agenda kegemilangan ini memenuhi kehendak agama, bangsa dan negara.

Pengarah Syarikat
Cahaya Mentari Marketing [/learn_more]
[button link="http://www.cahayamentarimarketing.com/hubungi-kami/" type="icon" icon="heart"]Hubungi Kami[/button]
RSS Feed
Twitter


