tip jimat minyak

9 Tip Jimat Minyak Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Harga petrol di pasaran semakin meningkat dari sehari ke sehari. Ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada kenaikan kos isi rumah malahan akan melibatkan kenaikan harga barang yang lain.

Dengan kos yang tinggi, kita terpaksa mengurangkan bajet kenderaan termasuklah ada yang terpaksa menggunakan motor dan parking sahaja kereta yang cantik itu di rumah.

Tahukah anda, terdapat pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk menjimatkan penggunaan minyak selain daripada perkara di atas?

Kami ingin kongsikan 9 tip jimat minyak seperti di bawah:

1. Beli petrol dalam keadaan suhu yang tidak panas

Isi minyak ketika suhu sejuk seperti pada pagi hari atau pada waktu malam. Ini adalah kerana petrol lebih padat pada suhu sejuk pada malam atau pagi hari berbanding ketika cuaca panas terik.

Ia juga mengurangkan minyak dari meruap akibat cuaca terlalu panas dan ini akan menambahkan kuantiti minyak kenderaan kita.

2. Periksa tayar kenderaan anda dan pastikan tekanan tayar adalah sesuai

Keadaan tayar yang kurang angin akan mengurangkan kecekapan bahan bakar sebanyak 2% untuk setiap psi di bawah tekanan sebenar. Tayar yang kurang angin juga akan memendekkan jangka hayat tayar iaitu tayar akan lebih cepat botak.

3. Perlahankan kenderaan dan pandu mengikut Had Laju yang ditetapkan

Tahukah anda dengan mematuhi had laju, anda akan dapat menjimatkan minyak kenderaan. Kenderaan yang dipandu dengan kelajuan 110kmj akan menggunakan 20% lebih petrol berbanding dengan kelajuan optima 90-100kmj.

4. Elakkan penggunaan pendingin hawa jika boleh

Penggunaan pendingin hawa sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada penggunaan petrol. Jika boleh kurangkan penggunaan pendingin hawa di tempat-tempat tertentu.

Gunakan sistem pengudaraan hawa sebagai ganti. Penggunaan pendingin hawa mengurangkan ekonomi bahan bakar 10-20%.

5. Jangan memandu dengan cermin terbuka

Jangan memandu dengan cermin terbuka pada kelajuan tinggi. Ia akan mengurangkan kecekapan bahan bakar sebanyak 10%. Lebih baik anda menggunakan sistem pengudaraan yang ada pada kenderaan anda.

6. Kurangkan bebanan pada kenderaan anda

Secara logiknya, kenderaan yang membawa lebih muatan akan menggunakaan lebih minyak untuk bergerak. Oleh itu pastikan barang yang dibawa tidak melebihi muatan dan disusun dengan kemas.

7. Jangan biarkan kereta dalam keadaan idle (enjin hidup tanpa bergerak)

Setelah anda start enjin kereta di pagi hari, pastikan ianya tidak dihidupkan terlalu lama. Kereta yang dibiarkan tidak bergerak dalam jangka masa yang lama hanya akan membazirkan petrol sahaja. Kenderaan yang dihidupkan seelok-eloknya tidak melebihi 2 minit.

Kenderaan moden dan terkini hari ini kebanyakannya tidak memerlukan anda menghidupkan enjin untuk idle sebelum bergerak.

8. Adalah lebih ekonomi jika anda mematikan enjin kereta

Sekiranya anda perlu menunggu seseorang atau mempunyai urusan yang memakan masa yang lama, adalah lebih baik anda mematikan enjin kereta anda. Ini sudah pasti akan menjimatkan minyak.

Apa yang anda boleh lakukan adalah keluar dari kenderaan dan pergi ke kedai untuk minum sambil berehat. Ini adalah salah satu contoh yang anda boleh lakukan.

9. Gunakan Petrol yang berkualiti tinggi

Tidak dapat tidak, minyak berkualiti akan menambahkan keupayaan enjin anda. Walaupun harganya mungkin sedikit mahal, tetapi ianya berbaloi untuk perjalan anda. Sebagai contoh, gunakan minyak RON97 berbanding RON95.

Petrol yang berkualiti akan memanjangkan jangka hayat enjin kereta dan melancarkan pemanduan.

 

Kredit Foto: Ray Forster

 

P.S. Save Oil adalah produk yang membantu meningkatkan keupayaan petrol kenderaan anda. Bukan sahaja bertindak menjimatkan minyak, tetapi juga menjaga bahagian enjin kenderaan supaya tahan lebih lama.

Anda ingin jimatkan penggunaan minyak lebih 50%? Klik SINI.

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 − four =