tip percutian keluarga

6 Tip Percutian Keluarga

Lagi beberapa minggu lagi cuti sekolah akan bermula. Tentu ada antara anda yang sudah merancang percutian sekeluarga. Memang seronok dapat bercuti bersama keluarga tersayang. Membawa anak-anak kecil memang menyeronokkan tetapi persediaan rapi perlu dilakukan agar keseronokan yang diidamkan tidak bertukar kekecewaan.

Kita sedia maklum tentang sikap kanak-kanak yang mudah meragam, cerewet dan letih dengan sesuatu yang membosankan mereka. Oleh itu pastikan anda sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Tip percutian keluarga berikut boleh digunakan supaya percutian anda lebih tenang dan menyeronokkan.

1. Membaca Doa sebelum  memulakan perjalanan

Sebelum memulakan perjalanan, seeloknya kita membaca doa dahulu. Ini supaya perjalanan kita sekeluarga diberkati dan diredhai Allah s.w.t. Selain itu ia juga sebagai pelindung kepada kita agar perjalanan pergi dan kembali ke rumah dalam keadaan yang selamat.

Doa menaiki kenderaan adalah seperti berikut:

doa naik kenderaan

2. Menyiapkan kenderaan

Sekiranya anda bercuti menggunakan kereta sebagai kenderaan utama, pastikan anda membersihkan kereta untuk keselesaan anak-anak, sediakan bekas khas membuang sampah, sediakan buku cerita bersesuaian dengan usia mereka dan alat permainan untuk mengelakkan kebosanan.

Sekiranya berpergian dengan kapal terbang, pastikan memilih tempat duduk yang berhampiran pintu keluar. Jika anak masih usia bayi, pastikan menyediakan barangan kegemaran mereka supaya ia membantu menenangkan mereka ketika kapal terbang hendak berlepas.

3. Stok tisu basah

Kanak-kanak cenderung untuk membuat kotoran daripada makanan yang dimakan atau mungkin muntah tanpa diduga. Oleh itu penting untuk menyediaakan stok tisu basah sepanjang perjalanan. Ia berguna untuk membersihkan apa sahaja.

4. Bantal kegemaran

Biasanya si kecil mempunyai bantal kegemaran yang membantu mereka tidur lena atau menenangkan mereka ketika meragam. Jadi, pastikan anda membawa bersama untuk mengelakkan ketidakselesaan atau masalah yang boleh mencacatkan percutian sekeluarga.

5. Sediakan makanan

Pastikan anda membawa snek berkhasiat untuk si manja sebagai kudapan sepanjang perjalanan. Percayalah mereka tidak akan berhenti meminta itu dan ini bagi menghilangkan kebosanan.

6. Sediakan hiburan

Anak-anak masih belum memahami erti kesabaran. Jika anak anda masih bayi, mungkin boleh dipujuk untuk tidur usai menyusukannya tetapi bagi yang sudah berusia setahun ke atas, mereka asyik bertanya “bila nak sampai?” Jika dalam kenderaan anda mempunyai DVD monitor, pastikan anda menyediakan beberapa VCD filem kegemaran mereka atau permainan video yang boleh mengurangkan kebosanan anak-anak.

 

P.S: Anda ingin kongsikan pengalaman anda bersama kami? Mohon tulis di ruangan komen 🙂

 

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × one =