makanan halal

6 Tip Ajar Anak Cinta Makanan Halal & Toyyiban

Mendidik anak menjadi insan yang mulia bukan sekadar memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam bab akhlak dan sahsiah diri sahaja tetapi seeloknya ajarkan juga anak anda tentang bab pemakanan.

Bukankah dalam Islam setiap perkara dalam kehidupan dipandang penting, termasuklah juga perihal makan. Berikut ialah nilai-nilai yang mesti diberitahu kepada anak-anak supaya mereka menjaga makanan yang akan menjadi darah daging mereka selamanya.

Bukankah makanan yang baik akan membentuk peribadi yang baik juga.

1. Konsep Halal

Kenalkan pada anak anda tentang konsep halal dan jenis-jenis makanan yang haram dimakan. Minta mereka bezakan gambar makanan yang boleh dimakan dan yang tidak boleh dimakan.

2. Logo halal

Untuk lebih menarik serta mudah difahami, adakan lawatan sambil belajar ke pasar raya berdekatan dan ajar anak mencari logo halal di setiap pek makanan dan minuman. Aktiviti seperti ini dapat mengajar anak-anak untuk menitikberatkan soal halal dalam pemilihan makanan anak Muslim. Makanan yang tidak ada tanda halal, tidak boleh makan.

3. Makanan sihat

Beritahu anak-anak bahawa otak yang cerdas serta badan yang cergas berpunca daripada makanan yang sihat dan seimbang. Bantu anak untuk membezakan makanan sihat dan yang tidak sihat dengan membuat kolaj ‘Makanan Anak Muslim’.

Mudah sahaja, dapatkan katalog dari pasar raya berdekatan, minta anak anda guntingkan gambar makanan yang sihat dan hasilkan kolaj dari gambar-gambar tersebut. Terangkan juga pada mereka mengapa makanan ringan, makanan segera dan gula-gula tidak baik untuk kesihatan badan serta otak mereka.

4. Adab makan

Ketika waktu makan, terapkan adab makan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Membaca doa makan, makan dengan tangan kanan dan ambil makanan yang hampir dengan kita adalah contoh adab makan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah bersabda: Wahai anak, bacalah ‘Bismillah’ (sebutkan nama Allah ketika hendak makan) dan makanlah dengan tangan kananmu dan hendaklah ambil makanan yang hampir dengan kamu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Makanan sunnah

Ajak anak untuk meneroka makanan kesukaan Rasulullah s.a.w. Adakan hari makanan sunnah di rumah dan anak boleh merasa pelbagai makanan kegemaran Baginda seperti tamar, susu, madu, delima anggur dan sebagainya. Aktiviti seperti ini pastinya membuatkan anak-anak rasa lebih ‘dekat’ dan tertarik dengan cara hidup Rasulullah s.a.w.

Mulakan sejak usia anak kecil lagi. Melentur buluh biar dari rebungnya. Usahakan agar anak cinta makanan halal.

Sumber: Pa&Ma

P.s:  Susu Biomil Xcel mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk tumbesaran fizikal dan mental anak anda. Antara kelebihan susu  biomil ialah membentuk akhlak dan peribadi mulia dikalangan peminumnya. Apa yang anda perlu tahu tentang susu biomil? Klik di SINI.

Anda suka artikel ini?
Isikan email dan kami akan hantarkan secara PERCUMA, artikel terus ke inbox anda. Kami tidak akan berkongsi atau menjual email anda. Privasi anda amat penting bagi kami.
(Visited 4 times, 1 visits today)

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera, dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *