tips kesihatan menurut islam

5 Tips Kesihatan Menurut Islam

Islam adalah selengkap-lengkap agama. Di dalam Islam kita diajar tentang perlbagai perkara, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke perkara yang besar. Antara perkara yang dititik beratkan adalah menjaga kesihatan.

Allah menyukai hambanya yang kuat berbanding yang lemah. Ini boleh dirujuk kepada tahap kesihatan seseorang. Tanpa badan yang sihat, adalah sukar untuk kita melakukan amal ibadat terutamanya yang wajib.

Di bawah ini kami kongsikan 5 Tips kesihatan menurut Islam.

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik

Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi

Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). Minum air kosong juga sangat digalakkan untuk mengekalkan kandungan air dalam tubuh dan menjaga kesihatan buah pinggang.

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa)

Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu sujud 5 kali sekurang-kurangnya.(Solat)

Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah, dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut

Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Ia dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-).

Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari

Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung dicelah-celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

 

P.s: Anda ada sesuatu untuk dikongsikan dengan kami? Tuliskan diruangan komen.

 

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + nine =