tip kesihatan

5 Tip Kesihatan Yang Anda Perlu Amalkan Setiap Hari

Setiap orang boleh memperbaiki tahap kesihatan mereka jika mereka mengamalkan lima panduan berikut. Selalu optimis, makan dengan betul, bersenam, tidur secukupnya, dan cari tujuan hidup. Ikutinya dan anda akan menjadi lebih sihat, lebih bahagia, dan lebih produktif.

Berikut adalah 5 tip kesihatan yang boleh anda amalkan setiap hari.

1. Singkirkan perasaan takut dan bimbang, dan cari kegembiraan

Terdapat profesional kesihatan yang mengesyorkan agar kita tidak menonton atau mendengar berita. Membaca akhbar pada setiap pagi memulakan hari anda di jalan yang negatif. Akhbar membawa anda krisis demi krisis, ianya merosakkan hari anda.

Setiap pagi, ubah pemikiran anda kepada optimis dan bersyukur. Memikirkan tentang sesuatu yang boleh anda syukuri merupakan satu latihan yang hebat.

Bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk hidup, masih punyai keluarga, masih punyai keupayaan untuk melihat dan berfikir. Tidak kira apa yang anda syukuri, apa yang penting adalah untuk membina hati yang bersyukur.

2. Panduan kedua adalah makan makanan yang betul

Makan makanan penuh, kurangkan makanan diproses, dan atasi ketagihan kepada makanan ringan. Makanan penuh adalah makanan yang tidak diproses dan bertapis, atau diproses dan ditapis sedikit mungkin, sebelum dimakan.

Yang itu senang cakap tetapi sukar untuk diikuti, tetapi ia amat penting untuk kesihatan anda secara keseluruhan.

Selain makan makanan yang betul, anda perlu berjaga-jaga supaya tidak terlebih makan. Makan berlebihan menyebabkan kita berumur lebih cepat, meningkatkan kedutan, dan akan meningkatkan peluang kita untuk memperolehi pelbagai penyakit seperti kanser, penyakit jantung dan kencing manis. Jika perlu, kurangkan jumlah makanan yang anda makan.

Pada masa yang sama tingkatkan peratusan makanan penuh dalam diet anda. Makanan penuh meningkatkan kesihatan dan juga meningkatkan sistem imun anda.

Makan 7-13 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari dan kurangkan jumlah gula dan garam dalam diet anda. Anda akan mendapati perbezaan dalam tahap tenaga dan kesihatan anda secara keseluruhan.

3. Dapatkan tidur yang cukup

Jika anda tidak cukup tidur, badan anda tidak akan berfungsi dengan cekap. Ia juga akan melambatkan metabolisma anda dan membuat ia sukar bagi anda untuk mengurangkan berat badan.

Juga, banyak hormon dirembeskan dalam paras yang tinggi semasa tidur yang membolehkan badan anda untuk pulih dan membaiki. Sebagai contoh, jika anda seorang atlet atau pembina badan, tidak mendapat tidur yang cukup akan meningkatkan peluang anda untuk cedera atau gagal.

4. Kerap bersenam

Secara umum setiap orang harus bersenam setiap hari, meningkatkan sedikit kadar degupan jantung dan kekalnya selama 20 minit atau lebih.

Jika anda tidak boleh melakukannya setiap hari atau selang sehari, sekurang-kurangnya lakukan setiap tiga hari. Kajian telah menunjukkan bahawa selepas tidak aktif selama 72 jam metabolisme badan mula berkurangan.

5. Mencari tujuan dalam hidup anda

Mereka yang mengalami penyakit yang dahsyat telah dapat bertahan untuk jangka masa yang panjang, hanya kerana mereka mempunyai sebab untuk hidup.

Mereka telah menjadi individu yang amat berguna dalam keluarga, hubungan sosial dan masyarakat walaupun mengidap penyakit.

Kelima-lima panduan di atas adalah panduan asas kesihatan dan ianya boleh diikuti oleh kebanyakan orang. Amalkan, ianya boleh membawa kepada kehidupan yang lebih lama, sihat dan lebih bermakna.

 

===============

Berikan sedikit masa anda untuk membaca maklumat PENTING di bawah ini:

===============

1. Sekiranya anda berminat untuk mengekalkan kesihatan pada tahap optimum, amalkan makan Habbatus Sauda setiap hari.

2. Adakah anda mengalami masalah penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi yang serius sehingga menggunakan insulin? penyakit darah tinggi? Klik SINI untuk maklumat bagaimana merawat penyakit ini.

3. Minuman herba yang tidak pahit dan kelat sememangnya di cari-cari. Minuman Herba Daun Alfalfa adalah japawannya.

4. Adakah anda mempunyai sebarang persoalan dan pertanyaan mengenai kami atau mengenai produk yang barada dalam senarai kami? Klik Hubungi kami untuk pertanyaan.

=============

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 − 5 =