risiko menimang bayi

5 Risiko Menimang Bayi Yang Anda Perlu Tahu

Bayi memang suka ditimang. Lagi tinggi kita menimang bayi, lagi banyak mereka ketawa. Perbuatan menimang bayi sering dilakukan oleh masyarakat kebanyakan kerana mereka berasa terhibur dengan gelak ketawa bayi apabila ditimang.

Namun begitu, tahukah anda bahawa menimang bayi sebenarnya mempunyai risiko yang tinggi yang boleh menyebabkan pelbagai masalah pada fungsi otak bayi jika kita tidak berhati-hati.

Berikut adalah risiko-risiko yang perlu kita ambil perhatian sebagai ibubapa yang kadangkala ingin memanjakan bayi mereka dengan aktiviti tersebut.

1. Mencederakan otak bayi

Perbuatan menimang bayi boleh menyebabkan sindrom goncangan bayi atau Shaken Baby Syndrome (SBS). Akibatnya ia akan memberi kecederaan kepada otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat.

2. Kecacatan Otak

Ia boleh berlaku dalam tempoh sesingkat lima saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ia berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan kuat walaupun objek tersebut lembut seperti bantal.

3. Risiko Kematian

Pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS.

Penderaan bayi (child abuse) juga boleh menjadi salah satu punca. Bahkan paling berbahaya ia juga boleh menyebabkan kematian bayi.

4. Pelbagai Masalah kecacatan lain pada bayi

Kesan daripada cara mendukung bayi yang disusuli mengayun atau menggoncang turut menyebabkan masalah lain termasuk masalah mata, kelumpuhan dan epilepsi.

5. Saiz Kepala

Hal ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa menyebabkan tekanan akibat goncangan yang kuat dan terlalu lama.

Risiko SBS lebih kerap menimpa anak-anak berusia bawah setahun kerana mereka lebih kerap menangis.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Oleh itu jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau ketika seronok bergurau dengannya.  Jadi ibubapa dan penjaga semua, mohon ambil serius risiko menimang bayi anda.

Ketahui faktor mengapa bayi menangis. Antarnya mungkin disebabkan bayi lapar, penat, membuang air besar, ketakutan, sakit ataupun memerlukan perhatian ibu bapa.

====

Apa yang anda perlu tahu tentang Susu Biomil Xcel? Adakah ia sesuai untuk anak anda? Mohon Klik di SINI untuk maklumat lanjut.

====

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 − eleven =