5 Amalan Penting Untuk Kekal Sihat

Isu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat. Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat. Banyak Pandangan berkaitan dengan gaya hidup sihat, tetapi adalah tidak wajar kita mengambil mudah tentang amalan gaya hidup sihat ini.

1. Menjaga Pemakanan Seharian

Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Kita hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.

2. Bersenam atau Beriadah

Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan.

3. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran

Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dubuang ke temapat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai atau dibaar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

4. Membuat Pemeriksaan Kesihatan

Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun.

5. Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan

Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih dadah. Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung.

Manakala penagihan dadah boleh menyebabkan punca penyakit sosial dan masyarakat, menjadi penghalang kepada kemajuan dan pembangunan negara, maka marilah kita meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, dan berusaha mengawal dan mencegah berlakunya kegiatan buruk ini.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa amalan yang perlu kita lakukan untuk membolehkan kita hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat ini harus dipupuk sedari kita kecil dimana ibu bapa serta anggota keluarga memainkan peranan mereka dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh itu mencegah lebih baik dari mengubati.

Kredit Foto: ayurmntra

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 2 =