4 Tips Kesihatan Dari Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad s.a.w. adalah contoh ikutan terbaik sepanjang zaman. Baginda merupakan manusia agung yang diutuskan Allah untuk seluruh umat manusia. Setiap perlakuan Nabi s.a.w. mengandungi hikmah-hikmah yang luar biasa jika kita amati satu persatu.

Di bawah merupakan beberapa tips yang boleh kita amalkan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan kita pada tahap terbaik inshaaAllah.

1. Nabi melarang umatnya minum berdiri

Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang.

2. Nabi juga melarang meniup air yang panas

Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.

3. Mandi Sebelum Subuh

Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan.

4. Makan dahulu baru minum

Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.

Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW. Jadi ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan secara beristiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah.

 

Wallahua’lam.

===================

Baraka Habbatus Sauda merupakan makanan tambahan terbaik untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Ia juga disebut di dalam hadith Nabi s.a.w. Amalkan setiap hari dan anda akan dapat melihat kesannya inshaaAllah.

===================

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six + 14 =