4 Cara Sendawakan Bayi Anda

Kenapa Bayi Perlu Sendawa Selepas Menyusu?

Amat penting sekali anda sendawakan bayi kerana selepas menyusu, sejumlah kecil udara akan ikut serta masuk ke dalam badan bayi anda. Udara ini akan terperangkap dalam perut bayi.

Oleh sebab udara ini tidak boleh keluar dengan sendiri, anda perlu sendawa bayi anda. Sendawa bayi adalah cara mengeluarkan udara yang terperangkap.

Jika tidak dilakukan, udara yang terperangkap akan membuatkan bayi tidak selesa dan juga amat berbahaya. Keadaan inilah yang akan menyebabkan bayi tersedak susu apabila anda terus menidurkan bayi tanpa sendawakan terlebih dahulu.

Kembung perut (kolik) juga berlaku disebabkan anda tidak sendawakan bayi. Tanda-tanda bayi mengalami kolik ialah bayi berumur kurang daripada 3 bulan, menangis dan menjerit, kaki ditarik ke dada semasa menangis.

Tangisan yang berlaku pada masa lebih kurang sama setiap hari.

bayi-tidur
Anak adalah anugerah yang tidak terhingga dari Allah s.w.t.

4 Cara Sendawakan Bayi Anda

1. Bahu

Gendung bayi anda posisi tegap menghadap ke belakang dengan dagu bayi di atas bahu anda. Usap perlahan bahagian belakang sehingga dia sendawa.

2. Meniarap di pangkuan

Meniarap bayi anda pada salah satu paha anda. Kemudian usap-usap belakangnya dengan perlahan-lahan. Pastikan kepala bayi lebih tinggi dari badannya.

3. Duduk menghadap ke depan

Biarkan bayi anda duduk dalam pangkuan anda dengan selesa. Condong ke depan, gosok dan tepuk-tepuk punggungnya dengan jari-jemari anda sehingga udara dalam badannya keluar.

4. Dukung

Dukung bayi sambil mengajaknya berjalan-jalan di dalam rumah, gunakan sebelah tangan anda untuk menggosok bahagian belakangnya.

 

Kredit Foto: vatobobhammer51012

P.s: Adakah anda mempunyai bayi yang berumur 1 tahun dan ke atas? Susu Biomil Xcel adalah susu formula untuk bayi yang berumur 1 tahun dan ke atas.

P.p.s: Anda ingin berkongsi petua dengan kami? Tuliskan di ruangan komen. 🙂

 

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen + sixteen =