tentang roti

11 Info Penting Anda Perlu Tahu Tentang Roti

Roti sememangnya menjadi makanan kegemaran semua lapisan usia. Kanak-kanak antara golongan yang paling gemar makan roti. Roti adalah salah atu sumber karbohidrat kompleks yang baik kerana berdasarkan piramid makanan, roti termasuk dalam kumpulan karbohidrat iaitu pada paras satu dasar piramid tersebut.

Berdasarkan piramid pemakanan, kanak-kanak yang berusia di antara dua hingga enam tahun perlu mengambil 6 hidangan daripada kumpulan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi setiap hari. Manakala kanak-kanak lebih besar pula perlu mengambil sebanyak enam hingga 11 hidangan sehari.

Roti sememangnya sesuai diambil oleh kanak-kanak. Kandungan karbohidrat, protein dan lemak yang ada di dalamnya memenuhi keperluan untuk tumbesaran mereka. Sebenarnya ada banyak jenis roti di sekeliling kita. Ada roti putih, roti gandum, roti berperisa dan banyak lagi. Namun, mana satukah roti yang bagus untuk anak?

Sekiranya kanak-kanak diberikan peluang memilih sendiri roti yang ingin mereka makan, tentulah rasa yang menjadi keutamaan. Biasanya kanak-kanak sukakan roti yang manis. Tapi, kita semua tentu tahu bahawa faktor rasa bukan perkara utama dalam memilih makanan yang baik untuk anak.

roti-1

Berikut adalah info tentang roti yang perlu anda tahu sebelum memilih roti untuk anak anda.

1. Apa kandungan di dalam roti

Perlu tahu jumlah kandungan kalori, lemak, kolesterol, sodium, protein dan zat besi. Membaca label pada plastik pembungkus tentang khasiat yang terkandung di dalam roti juga membantu anda memilih roti yang berkhasiat.

2. Vitamin

Roti gandum biasa mengandungi lebih banyak vitamin B6, vitamin E, magnesium, asid folik dan zink. Walau bagaimanapun, kini kebanyakan roti putih turut diperkayakan dengan vitamin-vitamin tersebut.

3. Serat

Roti gandum penuh mengandungi lebih serat berbanding roti putih. Makanan tinggi serat seperti roti gandum dicadangkan pengambilannya kepada kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit.

4. Tentang roti putih

Roti putih pula selalunya mengandungi lebih banyak kalsium berbanding roti gandum terutamanya jika dibuat menggunakan susu. Walau bagaimanapun, di pasaran sekarang ada roti gandum yang diperkaya dengan kalsium.

5. Pilih yang kaya kandungan kalsium dan serat

Sebenarnya, sama ada roti putih atau roti gandum, pilihlah yang kaya kandungan kalsiumnya (sekurang-kurangnya 10 hingga 15 peratus dalam setiap keping), tinggi kandungan serat (sekurang-kurangnya 1 hingga 1.5gm dalam setiap keping) dan sedap rasanya.

6. Pilih berdasarkan keperluan tenaga

Selain itu, pemilihan roti putih dan roti gandum sebagai sajian sarapan pagi perlulah berdasarkan kepada keperluan penggunaan tenaga.

7. Untuk mereka yang inginkan tenaga yang cepat

Jika inginkan tenaga yang cepat, roti putih pilihan terbaik. Ini kerana karbohidratnya lebih ringkas dan mudah dihadamkan. Hasilnya, tubuh akan cepat mendapat glukosa. Sebaliknya, roti gandum penuh lebih sukar dihadamkan kerana mengandungi karbohidrat kompleks dan serat. Roti ini sesuai untuk individu yang perlukan tenaga berterusan.

roti-2

8. Awasi pengambilan roti gandum oleh kanak-kanak

Pengambilan roti gandum penuh oleh kanak-kanak perlulah dipantau. Ini kerana berdasarkan satu kajian terkini, didapati terlalu banyak serat dan terlalu sedikit lemak boleh mengundang masalah kekurangan vitamin di kalangan kanak-kanak berusia bawah lima tahun.

9. Kanak-kanak lebih cepat kenyang makan roti gandum

Kanak-kanak yang makan roti gandum penuh akan cepat kenyang dan perut mereka sudah tidak ada ruang untuk makanan daripada kategori lain berdasarkan piramid pemakanan. Sedangkan makanan lain seperti produk tenusu, telur, daging dan ikan mengandungi pelbagai nutrien penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

10. Kawal pengambilan makanan yang mengandugi kaya serat

Pengambilan makanan kaya serat perlulah dikawal. Kepelbagaian pengambilan makanan penting. Diet harian kanak-kanak perlulah mengandungi makanan daripada kumpulan bijirin dan ubi seperti roti, pasta dan ubi kentang; kumpulan makanan kaya kalsium seperti susu dan dadih; kumpulan makanan tinggi berprotein seperti telur, ayam dan daging; serta kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan.

11. Fakta tentang roti gandum

Kajian mendapati bahawa 100 gram roti mampu memberikan tenaga, karbohidrat, protein, kalsium, fosfor dan besi lebih banyak berbanding 100 gram nasi putih atau mi basah.

 

Atikel asal oleh: Pa&Ma

P.s: Kami pasti anda mempunyai sesuatu untuk dikongi, tuliskan diruangan komen. 🙂

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × three =