10 Perkara Penting Untuk Mereka Yang Mahu Memulakan Perniagaan

Masyarakat hari ini telah mula terdedah kepada dunia perniagaan. Semangat mereka untuk memulakan perniagaan sangat tinggi dan meluap-luap hasil daripada seminar motivasi dan perniagaan yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak. Sebelum memulakan perniagaan, kami ingin mengajak tuan puan yang budiman untuk membaca 10 perkara penting sebelum seseorang memulakan perniagaan.

10 saranan penting ini adalah untuk mengingatkan kita tentang mengapa kita berniaga dan supaya setiap perniagaan yang kita lakukan akan mendapat keberkatan Allah s.w.t. inshaa Allah. Kita tidak mahu hanya kaya dan berjaya di dunia tetapi hakikatnya kita muflis dan kosong di akhirat kelak.

1. Berniagalah dengan mengeluarkan modal hasil titik peluh sendiri

Kebanyakan mereka yang baru memulakan perniagaan beranggapan mereka mesti perlukan modal yang besar untuk berniaga. Ini adalah kesilapan petama dan penting untuk dinilai semula. Tidak semestinya sesuatu perniagaan itu memerlukan modal yang besar. Mulakan dengan apa yang ada di tangan. InshaaAllah sedikit-sedikit lama-lama akan menjadi bukit.

Ini juga akan dapat mengelakkan kita dari mengalami kerugian yang besar sekiranya perniagaan itu tidak berjaya.

2. Jangan mengambil hak insan lain demi untuk mencapai tujuan peribadi

Sebagai seorang peniaga, kita mengikut sunnah Nabi kita Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam. Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam tidak menipu dan mengambil hak orang lain. Sebab itu kita lihat baginda berniaga tidak pernah rugi dan barang-barang dagangannya habis terjual.

Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

3. Elakkan daripada mengambil dan memakan harta anak-anak yatim

Telah tertulis amaran di dalam Al-Quran mereka yang memakan harta anak yatim akan dilaknat Allah s.w.t. Mereka mesti dijaga bukan diambil kesempatan atas kelemahan dan kekurangan mereka. Allah Maha Mengetahui walau selicik manapun kita cuba bersilat dan menipu manusia lain.

4. Kembalikan hak orang lain yang bukan menjadi hak milik kita

Dalam perniagaan, kita sama sekali tidak boleh menindas pelanggan-pelanggan kita. Dalam setiap rezeki yang Allah s.w.t. kurniakan, ada hak orang lain disitu terutamanya yang berkaitan dengan zakat dan sedekah.

Usahawan yang hebat sentiasa menitikberatkan keperluan orang lain dahulu melebihi kepentingan diri mereka sendiri.

5. Jangan suka menindas dan menipu golongan yang lemah

Usahawan dan peniaga yang hebat tidak akan menipu dan menindas golongan yang lemah. Golongan yang lemah bermaksud mereka yang betul-betul perlukan sesuatu produk, terutama sekali gologan miskin dan memerlukan. Menipu dan cuba mempengaruhi mereka untuk membeli barang kita yang tidak diperlukan mereka sangat bertentangan dengan sikap sebenar seorang usahawan muslim yang beriman.

6. Jangan menjadi manusia yang kejam dan zalim dengan merampas hak insan lain

Telah banyak kali dinyatakan, jangan menjadi usahawan dan peniaga yang zalim. Mereka yang zalim ini tidak akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Walalupun kita melihat mereka berjaya dan kaya, hakikatnya mereka kosong dari kacamata Allah s.w.t.

7. Allah melapangkan rezeki bagi setiap peniaga yang jujur , ikhlas dan amanah

Jujur, ikhlas dan amanah adalah sifat Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam. Peniaga dan usahawan yang jujur tidak akan dibenci orang samada oleh pembekal mahupun pelanggan mereka. Percaya dan yakinlah Allah akan memberi rezeki kepada mereka yang sentiasa menjaga nilai-nilai murni ini.

Sedikit itu cukup dan berkat. Banyaknya sentiasa memberi kepada mereka yang memerlukan.

8. Jangan bakhil dan kedekut untuk bersedekah, berzakat

Ramai dikalangan usahawan yang berjaya sentiasa menitikberatkan tentang sedekah dan berzakat. Berzakat akan menyucikan harta kita dari hak orang lain. Inshaa Allah perniagaan dan keuntungan yang diperolehi lebih berkat.

9. Sucikan hati dan jiwa dengan mencari harta dan pendapatan yang halal

Kita dituntut untuk mencari harta dengan cara dan jalan yang betul. Bukan dengan cara menipu dan memanipulasi golongan lain untuk kepentingan diri kita dan perniagaan kita.

10. Dari rezeki yang halal, salurkanlah kepada sumber yang baik-baik

Inshaa Allah, rezeki yang halal dan berkat akan lebih memudahkan kita membuat amal kebajikan. Samada sedekah dan zakat kepada mereka yang berhak menerimanya.

 

About Cahaya Mentari

Cahaya Mentari Marketing merupakan Pemborong dan Pembekal produk Bumiputera , dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan. Kenali Kami | Produk |

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 2 =